,
Hiburan

Amerul Affendi Jana Pendapatan Melalui Perniagaan Ikan Patin Sangkar

Azwa Rahman
26/06/2020
08:02 MYT
Aktor Amerul Affendi mengusahakan perniagaan ikan patin sangkar bagi menambah sumber pendapatannya sepanjang PKP, PKPB dan PKPP.
Memetik laporan BH Online, perniagaan yang diusahakan di Temerloh, Pahang sejak dua tahun lalu itu diberi nama Patin Peng.
"Selain minat, saya sudah lama memendam hasrat berniaga ikan patin selama hidup di Temerloh. Ini selepas melihat rakan sekolah boleh jana pendapatan yang lebat, setiap bulan.
"Jadi, kenapa tidak saya menceburinya? Lagipun keenakan ikan patin Sungai Pahang sudah terbukti lain rasanya dengan tempat lain.
Ramai yang memuji keenakan ikan patin ini. Daripada situ, saya melihat perniagaan ini mempunyai potensi cerah," katanya kepada BH Online.
Bukan sahaja ikan patin, Amerul turut sedang menimbang untuk meneroka bidang tanaman cili.
Malah, sibuk menguruskan perniagaan tidak sesekali membuatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019 itu berhenti dalam bidang lakonan.
"Nak berhenti agak susah sebab ia sama seperti minat saya terhadap dunia penternakan dan pertanian ini.
"Apabila minat terhadap sesuatu perkara, pastinya kita sanggup menahan azab sengsara yang dilalui," ujarnya lagi.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Amerul Affendi Nak Sertai Uji Bakat Filem Keluang Man, Tapi Dengan Satu Syarat…

gempak
20/08/2023
11:50 MYT
Semoga berjaya!
Laman Utama

Lalui Fasa Paling ‘Barai’ Di Tahun 2019 & 2022, Syafiq Kyle: “Buat Orang Senyum Pun Pahala”

gempak
26/11/2022
01:45 MYT
Episod akhir One Cent Thief hari ini!
Laman Utama

'Tac Team' Dengan Amerul Affendi Dalam One Cent Thief, Syafiq Kyle: “Saya Tepuk Kepala…”

gempak
12/11/2022
09:57 MYT
Jangan lepaskan episod tujuh Sabtu ini
Laman Utama

One Cent Thief: “Dia Memang Best! Tak Kacak Tak Apa Janji Berlakon Tak Kayu”- Ramai Tak Puas Tengok Lakonan Amerul Affendi

gempak
06/11/2022
07:00 MYT
Love Amerul!
Laman Utama

One Cent Thief: Pertembungan ‘Kuasa Jahat’ Sofia Jane & 'Genius Hacker' Syafiq Kyle

gempak
29/10/2022
01:55 MYT
Syafiq Kyle & Datin Sofia Jane digandingkan dalam One Cent Thief!