,
Hiburan

Amelia Henderson Jawab Tuduhan Pakai Rantai Dengan Loket Salib!

Firdaus
18/04/2024
07:25 MYT
Teruk dikritik kerana loket rantai yang dipakai dikatakan menyerupai lambang salib, pelakon dan pengacara Amelia Henderson meluahkan rasa kurang senang tentang kritikan warganet terhadap dirinya.

Respon Tuduhan Netizen

Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, dalam satu hantaran di aplikasi X menyatakan aksesori yang dipakai itu sepatutnya tidak menjadi isu perdebatan netizen kerana banyak lagi masalah penting yang boleh diperbincangkan.
"Saya sebenarnya tak mahu bincang tentang perkara ini, tetapi saya sangat marah. Banyak lagi perkara buruk yang terjadi di dunia ni dan ada pula pihak yang marah disebabkan rantai?
"Tak malu ke? Jangan ganggu saya," katanya.

Bukan Rantai Salib

Entri itu dibuat bagi menjawab satu posting seorang pengguna di aplikasi tersebut yang berasa hairan apabila aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh wargamaya dengan lambang salib.
"Saya sumpah tak faham kenapa ramai kecam rantai Amelia dekat TikTok. Cuba tengok betul-betul, ia bukannya lambang salib, tapi rantai balerina," tulis pengguna itu.
Terdahulu, Amelia memuat naik video menggunakan filter lucu bersama rakan artis, Aedy Ashraf sebagai konten di TikTok.
Bagaimanapun, ramai memberikan perhatian terhadap rantai yang dipakai aktres itu sehingga timbul persoalan tentang pegangan agama pelakon berkenaan.

BERITA TRENDING: Demi Improve Skil Lakonan, Amelia Henderson Sanggup Lakukan Perkara Ini Ketika Berlakon i.D

BERITA TRENDING: i.D Berjaya Buat Netizen Tak Senang Duduk - "Cerita Ni Tense Betul, Takda Seminit Pun Yang Rileks"Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.