,
Laman Utama

Amelia Henderson Cabar Diri Bawa Watak Pelacur - “Saya Tidak Takut Dengan…”

Asyikin Mayudin
23/08/2023
06:55 MYT
Pelakon Amelia Henderson mengakui memegang watak sebagai seorang pelacur dalam siri drama terbaharu, One Million Dollar Voice memberi cabaran kepada dirinya.
Membawa karekter yang berbeza daripada nashkah yang pernah dilakonnnya, Amelia berkata dia mahu mencabar kredibiliti dirinya sebagai seorang pelakon.
"Agak mencabar untuk bawa watak pelacur dan ini merupakan watak yang lain daripada apa saya pernah ambil sebelum ini.
"Macam sebelum ini, banyak dapat yang memerlukan air mata yang bera-berat. Saya tak rasa pernah bawa watak seperti ini sebelum ini.
"Saya terima watak seorang pelacur kerana itu merupakan satu cabaran untuk saya sebagai pelakon," katanya kepada Gempak.
Amelia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama One Million Dollar Voice bertempat di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson berkata dia juga sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan daripada netizen.
"Kalau penonton rasa watak pelacur itu berat, mungkin kalau mereka tonton drama ini mereka akan menangis. Kalau tanya saya takut atau tidak nanti dikecam netizen, saya tidak takut dengan kecaman.
“Kerana saya pelakon dan tugas saya hanya melakonkan watak tersebut sahaja. Saya percaya dengan watak ini dan yakin boleh bawa dengan baik. Personaliti daripada watak tersebut sebenarnya ada perkara yang positif meskipun berada dalam situasi negatif.
“Untuk watak ini jangan menilai terlalu awal hanya kerana dia seorang pelacur. Tapi kenapa dia jadi pelacur itu yang penonton kena tahu," jelasnya lagi.
‘One Million Dollar Voice’ membariskan nama-nama hebat and popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren,
Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi.
Drama diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, pukul 10 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.
BACA SINI: “Ceritanya Agak Memalukan Sikit” - Jari Kaki Amelia Henderson Patah Dalam Gara-Gara…
BACA SINI: ‘One Million Dollar Voice’ Dedah Kisah Di Sebalik Tabir Pertandingan Realiti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gagal Capai Kata Sepakat, Kes Saman Penulis Skrip Sekali Lagi Cinta Kembali & Amelia Henderson Bakal Diteruskan Di Mahkahmah

gempak
06/08/2024
13:22 MYT
Kes saman antara penulis skrip drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rehal Nuharis atau nama sebenarnya Haironizan Mohd. Idris dengan pelakon Amelia Henderson gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi hari ini.
Hiburan

Didakwa Sering Berbalas Hantaran Di Media Sosial Bersama Bekas Kekasih, Ini Respons Amelia Henderson - "Mungkin Orang Buat Andaian Tapi Saya Dengan Aedy.."

gempak
04/07/2024
13:25 MYT
Susulan berita tentang perpisahan pengacara dan pelakon jelita Amelia Henderson bersama pelakon Aedy Ashraf baru-baru ini hantaran yang dimuat naik pasangan ini sering menjadi bualan warganet.
Hiburan

Didakwa Sering Berbalas Hantaran Di Media Sosial Bersama Bekas Kekasih, Ini Respons Amelia Henderson - "Mungkin Orang Buat Andaian Tapi Saya Dengan Aedy.."

gempak
04/07/2024
13:25 MYT
Susulan berita tentang perpisahan pengacara dan pelakon jelita Amelia Henderson bersama pelakon Aedy Ashraf baru-baru ini hantaran yang dimuat naik pasangan ini sering menjadi bualan warganet.
Hiburan

Amelia Henderson Nafi Putus Cinta Sebab Sibuk Bekerja, Tak Nak Kahwin - “Kalau Sayang…”

gempak
15/06/2024
00:55 MYT
Pelakon dan pengacara Amelia Henderson menafikan dakwaan yang dibuat mengenai punca sebenar pengakhiran hubungan cintanya bersama aktor Aedy Ashraf.
Hiburan

Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya

gempak
14/06/2024
09:28 MYT
Kisah percintaan aktres dan pengacara jelita, Amelia Henderson bersama aktor Aedy Asyraf dilaporkan sudah berakhir baru-baru ini.