,
Hiburan

Amelia Henderson Akui Tidak Akan Kembali Semula Bersama Aedy Ashraf - “Mungkin Saya Akan Lebih Berhati-Hati…”

Umirah Halim
15/06/2024
03:45 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson tampil mengulas mengenai kisah percintaannya yang putus di tengah jalan bersama aktor Aedy Ashraf.

Mahu jaga privasi

Menurut Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, alasan sebenar disebalik pengakhiran hubungan cintanya bersama Aedy hanya diketahui oleh rakan-rakan terdekat kerana mahu menjaga privasi kehidupannya.
“Saya rasa mungkin saya tak boleh jawab soalan ini sebab ia terlalu private. Tapi saya faham sebab saya dah umumkan hubungan saya dengan Aedy kepada semua orang jadi mesti orang nak tahu kenapa.
“Bagi saya, janji orang sekeliling saya tahu kebenaran apa yang berlaku itu sudah cukup untuk saya.
“Sebab saya okay dengan jadikan relationship saya public dan bagi semua orang nampak pasal kisah percintaan saya.

“Sebab saya fikir hubungan ini akan kekal sehingga hujung hayat saya, tapi saya salah.

“Tapi takpe sebab saya tak boleh buat apa-apa pun,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu apabila disoal mengenai kebarangkalian hubungan cintanya bersama Aedy berputik kembali seperti sebelum ini, Amelia menegaskan bahawa dia tidak akan kembali semula bersama.
“No,” jawabnya ringkas.
Dalam pada itu, Amelia turut berkongsi pengajaran yang dipelajari sepanjang hubungannya bersama pelakon Tentang Bulan itu.
Berita Trending: Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya

Berita Trending: “Saya Dengan Aedy Kawan, Tak Rapat Macam Dulu “ - Amelia Henderson

Berita Trending: Fiziwoo Keluar Disclaimer, Rakam Video Promosi Baju Raya Bersama Ruhainies Disember Lalu - "Kami Tiada Niat Mencalarkan Imej Individu..."

Berita Trending: “Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

“Pengajaran saya belajar dalam relationship ini macam mana kita sayang seseorang atau nak membantu seseorang dalam hidup dia kadang-kadang kita perlu lepaskan supaya seseorang tersebut boleh growth in the healthy way walaupun kita tak bersama.
“Mungkin saya akan lebih berhati-hati untuk masa yang akan datang, saya ingat saya dah cukup berhati-hati dah selama ini.
“Tapi semestinya dalam kehidupan ini untuk saya pun mesti akan ada cara untuk kita improve diri sendiri.
“Kalau boleh saya nak elak topik pasal ini dah sebab saya nak move on.
“Jadi, kami cuma nak move on dan be happy now,” tambahnya.
Imbas semula pada Mac tahun lalu, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pada akhir Julai 2023, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.
Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.
Sebelum ini, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson

gempak
11/09/2024
09:10 MYT
Pelakon, Amelia Henderson menjelaskan hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid hanya sekadar kawan.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.