,
Hiburan

Ameerais Tak Ambil Hati Digelar Sendu - “Setiap Kali Buat Live Orang Sentiasa Keluarkan Ayat Sebegitu”

Mya Amri
17/07/2024
05:55 MYT
Penyanyi, Ameerais Azhar tidak kisah sekiranya dilabel sebagai artis sendu atau tidak popular hanya kerana menyertai program realiti.

Tak sentap digelar sendu

Menurut Ameer, dia juga tidak mengambil peduli dengan kata-kata negatif atau perlian yang diberikan sebaliknya menganggap perkara itu sebagai dugaan bergelar anak seni.

“Komen seperti itu sebenarnya saya sudah biasa terima, setiap kali buat live orang sentiasa mengeluarkan ayat-ayat yang sebegitu.

“Jadi bagi saya kita hargai yang mana hargai kita itu yang paling penting. Tak marah kepada mereka yang berkata begitu, saya lagi sayang adalah,” ujarnya.
Ameer berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media TikTok Live X Astro Gimme The Mic Malaysia bertempat di The Bee, Publika baru-baru ini.

Tak anggap bakat baharu sebagai pesaing

Dalam pada itu, mengulas soal kerjaya, Ameer berkata dia melihat begitu ramai bakat-bakat baharu yang hadir dalam industri seni.
Namun dia tidak menganggap mereka sebagai pesaing sebaliknya sentiasa terbuka menyambut kedatangan mereka.
“Ya ada juga yang mengatakan Amir ini sudah berada dalam industri hampir 14 tahun, bagi saya tiada limit untuk itu.

“Malah dalam pertandingan ini juga ramai yang cakap boleh rujuk saya tetapi sebenarnya saya yang banyak belajar dari mereka.

“Kalau nak tahu, seramai 29 orang yang menyertai program Gimme The Mic ini semuanya sangat hebat.
“Selagi kudrat masih ada, saya akan teruskan buat benda yang saya minat. Sebab ini adalah minat saya.
“Menyanyi ini sejak dari zaman muda lagi saya dah minat. Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik dalam program itu kerana ini merupakan kali pertama saya bertanding,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' Lebih Meriah, Cungkil Bakat Tempatan Ke Pentas Antarabangsa

ARTIKEL BERKAITAN: #Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

ARTIKEL BERKAITAN: #Gold: Cheah Liek Hou Imbas Kenangan Bersama Mendiang Bapa, Hempas Pulas Demi Beli Sepasang Kasut Sukan! - "Saya Tak Mampu Balas Balik..."

ARTIKEL BERKAITAN: "Forteen Tak Pernah Bergaduh Dengan Izzue Islam, Kami Masih Akrab" - Ameerais

Untuk info, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’.
Kesemua 30 peserta ini perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas.
Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari, Ajai dan Hael Husaini,
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa

gempak
14/09/2024
14:55 MYT
Penyampai radio terkenal era 2000-an, Linda Onn, mengakui kurang setuju dengan pendekatan penyampai radio zaman sekarang.
Hiburan

Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Wanna Ali - “Kalau Tak Suka Pun Janganlah Sampai…”

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Penerbit, Datuk Ayu Puteh meluahkan rasa kesal apabila anaknya iaitu pelakon Wanna Ali teruk dikecam netizen gara-gara berkongsi foto bersama aktor Fattah Amin.
Hiburan

“Anda Tak Perlu Buat Pengumuman Bila Rasa Nak Unfollow Me” - Zarina Anjoulie

gempak
13/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Zarina Anjouline atau lebih mesra disapa sebagai Anju berkata laman Instagram miliknya bukan lapangan terbang yang memerlukan membuat pengumuman sekiranya ada netizen mahu berhenti mengikutnya.
Hiburan

Foto Hitam Putih Undang Sebak, Netizen Titip Doa Buat Fazura - “Hugs… Semoga Yang Baik-Baik Untuk Awak”

gempak
13/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Nur Fazura mendapat perhatian netizen susulan berita mengenai usahawan cantik ini memfailkan permohonan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin, pagi tadi.