,
Laman Utama

“Amboi Confident Matin, Siap ‘Shhhh’ Kan Orang Lagi Tu!” – 'Terjun Tiruk' Matin Buat Netizen Terhibur

Fiza Kamarudin
17/12/2021
05:26 MYT
Gelagat anak-anak kepada pelawak dan usahawan Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, sering mencuri perhatian warganet.
Yang terbaharu, Shuib telah berkongsi sepotong video, anak ketiganya Ariq Matin, 6, yang melakukan aksi terjun tiruk di sebuah taman tema di Pulau Pinang.
Gelagat Matin yang lucu dan yakin sebelum melakukan terjunan menarik perhatian pengikut di laman sosial Instagram (IG).
“Dia punya yakin!!! Dia punya lucu!!!! Itulah dia Matin #Holiday #PershuibofHappyness,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.
Hantaran tersebut setakat ini, hampir mencecah 1 juta tontonan dan disertai dengan 1,810 komen daripada pengguna laman sosial tersebut.
Rata-rata mereka terhibur dengan aksi spontan Matin yang sempat menunjukkan isyarat ‘diam’ kepada seorang lelaki yang dipercayai hos untuk acara tersebut.
“Adoi Matin ni…kelakar la!”
“Yakin betul dia siap ‘ssshhhh’ kan brader tu lagi!”
“Selamba dia suruh brader tu diam,” antara komen ditinggalkan netizen.
Selain itu ada juga yang mengagumi kecekapan Matin berenang dan mahu si cilik itu diberikan Latihan secukupnya dan menjadi perenang negara.
“Hebatnya Matin berenang, acik dah umur 25 tahun baru pandai berenang tu pun level acah-acah.”
“Fuhhh! Skill Matin ni kalau asah lagi, hantar pergi kelas boleh jadi perenang negara nanti ni. Stedy Matin!”
“Matin boleh jadi atlet terjun negara tu!” kata warga net memberikan kata-kata semangat.
Keberanian Matin membuahkan hasil apabila menerima medal daripada penganjur.
“Dapat medal swimming tadi sebab pengurus event kata tak ada budak lagi yang berani terjun,” tulis admin di IG milik Allahyarham Siti Sarah yang turut berkongsi aktiviti mereka di Pulau Pinang.
Difahamkan, Shuib sejak beberapa hari lalu berada di Pulau Mutiara untuk trip hari keluarga ‘Ratasya To Penang’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.