,
Laman Utama

Ambil Segera! Pasport Yang Tak Dituntut Akan Batal Dalam Tempoh …

Awani
24/07/2022
18:10 MYT
Rakyat Malaysia yang telah memperbaharui pasport antarabangsa dikehendaki mengambilnya dengan kadar segera.
Pasport yang tidak dituntut dalam tempoh 90 hari akan terbatal secara automatik.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas tempoh itu, individu berkenaan perlu membuat permohonan semula dengan pembayaran penuh.
"Apabila orang dah buat pasport, itu merupakan suatu tanggungjawab kepada individu itu sendiri.
“Tak kan kita nak mencari dia. Masalahnya, kadang-kadang ada masalah tertentu menyebabkan mereka tidak datang ambil," katanya.
Beliau ditemui selepas menutup program jelajah Kita Demi Negara di Astaka Batu Kurau, Perak, pada Ahad.
Difahamkan setakat ini, lebih 2,600 pasport yang telah diperbaharui masih belum dituntut.
Mereka yang berhasrat untuk memiliki dokumen tersebut perlu membuat permohonan baharu dengan kadar bayaran RM200 bagi tempoh lima tahun.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lepas 21 Tahun, Ella Syukur Standing in The Eyes of The World Masih Melekat Di Hati Rakyat Malaysia – “Dengar Terus Jatuh Cinta"

gempak
31/08/2024
08:48 MYT
Ratu rock Malaysia, Ella merasakan dirinya begitu bersyukur kerana memilik lagu popular ‘Standing in The Eye of The World’ dan sering menjadi siulan setiap kali menyambut hari kemerdekaan atau pada musim sukan.
Berita

Beberapa Rakyat Malaysia Putuskan Kekal Di Bangladesh - Wisma Putra

gempak
23/07/2024
10:25 MYT
Wisma Putra pada Selasa memaklumkan beberapa rakyat Malaysia yang merupakan pelajar tahun akhir dan mereka yang bekerja di Bangladesh, memutuskan terus kekal di negara itu.
Berita

Penerbangan Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Bangladesh

gempak
23/07/2024
00:55 MYT
Penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Kumpur Terminal 2, pagi ini.
Berita

Malaysia Sedia Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun

gempak
13/07/2024
12:55 MYT
Malaysia kini bersedia mengeluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Berita

Pasport Singapura Paling Berkuasa Di Dunia, Boleh Melawat Ke 195 Negara Tanpa Visa

gempak
30/06/2024
01:00 MYT
Singapura berada di tempat teratas pasport paling berkuasa di dunia pada tahun ini membolehkan pemegangnya melancong ke 195 negara tanpa mendapatkan visa terlebih dahulu, lapor South China Morning Post (SCMP).