HIBURAN
Amar Baharin Kayuh Basikal 5 Jam Tengah Padang Pasir Menuju Madinah, Netizen Kagum - “Insan Terpilih Saja Yang…”
Pelakon, Amar Baharin berkongsi pengalaman berkayuh basikal di Tanah Arab dalam misi 'Journey To Tanah Haram', baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Amar memuat naik sebuah rakaman video memaparkan dia dan rakan, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin berkayuh di tengah padang pasir di Arab Saudi.
Alami Kekejangan Tengah Padang Pasir
Menurut pelakon drama Berbahagi Suami itu, dia dan Qobin terpaksa mengayuh basikal selama empat hingga ke lima jam di tengah panas terik padang pasir.
Malah, Amar turut memaklumkan rakannya itu mengalami kekejangan otot akibat cuaca panas.
“Korang tengok mungkin yg indah-indah je kan? Nah kita share sikit sakit perit berkayuh 4 hingga 5 jam sehari di Tanah Arab.
“Angin dan panas dia bukan biasa biasa. Qobin yag fit pon boleh cramp! Satu badan,” kongsi Amar.
Difahamkan, misi kayuhan tersebut kini hampir ke penghujung apabila mereka dijangka tiba di Madinah dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi.
Terdahulu, Amar memulakan kayuhan pada 27 April lepas dengan merentasi beberapa negara antaranya melalui Thailand, Iran, UAE dan Arab Saudi dengan berbasikal serta menggunakan pengangkutan darat dan udara.
Must-Watch Video