,
Laman Utama

Alyph Angkat Kisah Perjuang Hip-Hop Dalam Heat

Izwan Isa
14/10/2023
15:50 MYT
Sebelum ini pernah viral dengan lagu berjudul Swipe, penyanyi asal Singapura, Alyph kembali dengan buah tangan baharu berjudul Heat.
Masih kekal dalam acuan hip-hop, Alyph berkata lagu berkenaan merupakan sebuah kisah tentang pejuang-pejuang irama berkenaan yang telah mencapai kejayaan menakjubkan.
Ujar Alyph, walaupun judul single terbaharunya mungkin menggambarkan sesuatu yang panas, namun Heat diibaratkan seumpama kereta laju yang menelusuri persekitaran yang tidak dikenali.
“Heat ialah tentang mencari tenaga selepas berehat untuk seketika.
“Hal Ini merupakan perkara biasa. Setiap kali saya mahu pergi bekerja, atau melakukan sesuatu, saya perlu diberikan semangat, untuk bersiap sedia buat hari tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Alyph berkata, lagu ini bukanlah bertujuan untuk membuktikan dirinya kepada sesiapa.
“Lagu ini tentang tidak mahu menjadi selesa kerana sentiasa ada sesuatu yang lebih besar yang saya mahu capai untuk diri sendiri.
“Ada banyak lagi yang boleh saya sumbang kepada ruang dan industri ini, lebih banyak cerita yang boleh saya ceritakan dan lebih banyak orang yang boleh saya capai. Tiada ‘tujuan’ tertentu yang saya mahu kecapi. Saya hanya mahu menjadi lebih besar dan lebih baik," katanya lagi.
Heat telah dilancarkan di semua platform digital pada 15 September lalu. Manakala klip video muzik bagi lagu berkenaan akan ditayangkan di YouTube pada 22 September pukul 9 malam.
BACA: Sebelum Bergelar Penyanyi, Yonnyboii Pernah DM Alyph Tapi Tak Dilayan... Dah Kenapa?​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sebelum Bergelar Penyanyi, Yonnyboii Pernah DM Alyph Tapi Tak Dilayan... Dah Kenapa?

gempak
01/03/2023
08:55 MYT
Biasalah terlepas pandang kan...
Laman Utama

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!

gempak
08/02/2023
12:55 MYT
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!
Laman Utama

[VIDEO] Jaafar Onn Join Trend ‘Swipe Challenge’, Sharifah Shahirah Sepakat Dengan Netizen; “Ini Win, Dia Juara Sebenar”

gempak
03/11/2022
08:00 MYT
Jaafar Onn join trend Swipe challenge
Laman Utama

[VIDEO] ‘Swipe’ Alyph Trending, Janna Nick, Merqeen & Sherry Al Hadad Ikut Sama Join Trend TikTok

gempak
02/11/2022
13:00 MYT
Swipe Alyph trending TikTok
Laman Utama

[VIDEO] Buat Trend Lagu ‘Swipe’, King Coco List 4 Ciri-Ciri Lelaki Idaman; “Tak Hensem Tak Apa, Yang Penting...”

gempak
01/11/2022
13:57 MYT
Lama tak dengar khabar King coco kan...