Hiburan
Alya Iman 'Gerun' Digandingkan Dengan Rosyam Nor - "Rupa-Rupanya Beliau ..."
Pelakon Alya Iman mengakui ada perasaan gentar apabila mendapat tahu dirinya akan digandingkan bersama aktor hebat Datuk Rosyam Noor dalam filem Susuk Bidadari.
BERITA BERKAITAN:"Tak Salah Impikan Anugerah Oscar, Jangan Perlekeh Anugerah Tempatan" - Rosyam Nor
BERITA BERKAITAN:Rosyam Nor Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah Amin & Fazura Ke Mahkamah - “Korang Tunggu…”
BERITA BERKAITAN: Datuk Rosyam Nor mengamuk dekat set? | THE REUNION SHOW : X-CHANGE
Katanya, sebagai pendatang baharu rasa takut dan teruja tidak boleh dielakkan memandangkan gandingannya bukan calang-calang orang.
"Sebenarnya masa mula-mula saya dapat tahu saya perlu berlakon dengan Datuk Rosyam saya rasa macam ' Ya Allah takutnya' tapi bila lama-lama dah bersama beliau, saya tengok dia ok je. Rupa-rupanya beliau seorang yang kelakar dan mudah bekerjasama.
"Gembira jangan cakap. Datuk Rosyamkan. Siapa tak kenal. Banyak benda-benda baru saya belajar dengan orang lama.
"Beliau pun banyak mengajar saya dalam lakonan. Dia juga banyak nasihat saya macam mana nak jadi pelakon yang bagus," katanya kepada Gempak.
Alya berkata, walaupun pada awalnya berasa sedikit gementar dan kekok, namun disebabkan sikap profesional yang ditunjukkan pelakon berkenaan menjadikan watak yang dibawanya agak mudah.
Jelas pendatang baharu ini juga, masih banyak yang harus diperbaiki dalam lakonannya.
"Saya bersyukur sebab semua team terutama pelakon-pelakon lain banyak tunjuk ajar saya.
"Gandingan bersama Datuk Rosyam dan Sarimah juga banyak beri kelebihan untuk saya lebih belajar dengan orang-orang lama," katanya.
Filem arahan Faizal Nadxaman ( Jai Ho) itu mengisahkan seorang ibu tunggal, Alya, dan anak perempuannya yang bisu, Ayu berpindah ke rumah seorang ahli politik yang penuh rahsia gelap, di mana mereka terjerat dalam kuasa ilmu hitam.
Must-Watch Video