,
Laman Utama

Alvin Chong Ada Sebab Tak Dapat Teruskan Amalan Berpuasa Tahun Ini - “Bukan Disebabkan Saya Sakit Tapi…”

Asyikin Mayudin
19/04/2023
07:50 MYT
Tidak seperti Ramadan tahun lalu, pelakon Alvin Chong terpaksa melupakan hasratnya untuk berpuasa pada tahun ini disebabkan perlu memakan ubat.
Enggan membiarkan peminat berasa bimbang, Alvin bagaimanapun menjelaskan pengambilan ubat itu bukan disebabkan dirinya sakit.
“Ramadan tahun-tahun sebelum ini, saya ada la juga ikut serta berpuasa tapi tak penuh la. Cuma tahun ini, saya tak dapat nak berpuasa sebab terpaksa makan ubat.
“Bukan disebabkan saya sakit, tapi memang kena makan ubat… sebab apa, biarlah saya rahsiakan. Ikutkan saya agak keberatan nak beritahu yang saya tak dapat nak puasa.
“Ada juga peminat yang bertanya saya puasa ke tak, tapi saya tak dapat nak kongsikan perkara itu,” kata Alvin kepada Gempak.
Alvin berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Viu di Hotel Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Alvin turut memberitahu dia melakukan amalan berpuasa pada tahun-tahun lalu bukan disebabkan mahu mengikut orang sebaliknya lebih fokus kepada kesihatan.
“Sebelum ini saya puasa pun bukan sebab nak ikut orang. Bagi saya, ia untuk kesihatan dan ada kajian yang membuktikan puasa baik untuk badan.
“Puasa juga antara lain dapat membuang toksik dan membersihkan dalaman badan. Ia juga menguji kesabaran dan kawal nafsu makan saya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sebab Muka ‘Budak Baik’, Alvin Chong Dedah Pernah Ditolak Pihak Produksi Filem Aksi

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Menurut Alvin,33, sasarannya adalah untuk mencuba melakonkan karakter yang lebih berat kerana kini dia hanya diberikan watak yang lebih kurang sama.
Viral

Suka Belajar Tentang Agama, Ini Sebab Kenapa Ceddy Rasa Terpanggil Untuk Dalami Ilmu Agama Islam

gempak
15/06/2024
06:55 MYT
Ikuti temu bual Gempak bersama Ceddy mengenai isu ini.
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Gaya Hidup

Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

gempak
08/04/2024
23:55 MYT
Tiada doa yang mustahil untuk dimakbulkan oleh Sang Pencipta, Allah SWT. Itulah yang boleh dikaitkan dengan situasi penduduk di Kampung Pesagi, Maran, apabila doa mereka meminta hujan ekoran daripada cuaca panas melampau dikabulkan seusai solat Istisqa’ (Solat mohon hujan). Menurut Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi memaklumkan jemaah menun