,
Hiburan

Altimet Cipta Lagu Amboi Khas Untuk Keyboard Warrior

Fiza Kamarudin
16/12/2016
10:30 MYT
Penyanyi rap Altimet menciptakan lirik lagu terbarunya yang berjudul Amboi khas buat keyboard warrior dan pengguna laman sosial.
Lagu tersebut terkandung dalam album studio terbaru Altimet yang juga berjudul Amboi.
"Lagu Amboi saya cipta liriknya berdasarkan pemerhatian saya terhadap gelagat dan cara pengguna media sosial berinteraksi selama beberapa bulan.
"Lagu ini juga ditujukan untuk pengguna media sosial yang bergelar keyboard warrior. Apa yang saya perhatikan, saya ceritakan dalam lagu Amboi," kata Altimet kepada Astro Gempak.
Tambah Altimet, lagu Amboi ditulis dalam nada sinis mengikut acuan sesetengah pengguna media sosial.
"Kebanyakan pengguna media sosial yang bergelar keyboard warrior selalu menulis perkara yang sinis untuk mengejar 'like'.
"Saya mencipta lagu itu secara sinis untuk mencerminkan sesetengah pengguna sosial media masa kini," katanya lagi.
Selain lagu Amboi, album Amboi mengandungi lapan lagi lagu lain ciptaan komposer seperti Noh Salleh, DJ Fuzz, Sona One dan ramai lagi manakala semua lirik lagu yang terkandung dalam album ini merupakan ciptaan Altimet sendiri.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pertaruh Album Baharu, FUGŌ Angkat Karya Ciptaan Sendiri Dalam 99

gempak
12/08/2024
18:55 MYT
Empat tahun mengemudi karier dalam muzik industri, kumpulan alternatif indie, FUGŌ hadir dengan album baharu berjudul 99.
Hiburan

Penyanyi Rap Didakwa Hamilkan Wanita Lain & Pukul Bekas Kekasih? - “The Ex Stayed With Him Dari Dulu, Siap Buat Foodpanda Bersama”

gempak
29/07/2024
06:55 MYT
Tular paparan skrin Instastory seorang wanita yang mendakwa penyanyi rap yang dikenali menerusi lagu ‘healing’ berlaku curang terhadapnya selain mengandungkan orang lain dan enggan bertanggungjawab.
Sukan

Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

gempak
25/06/2024
17:58 MYT
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda yang dikenakan Malaysian Football League (MFL) kepada pasukan itu.
Sukan

Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

gempak
25/06/2024
13:50 MYT
Berita Selangor FC didenda dan diminta bayaran ganti rugi mencecah RM100,000 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan  tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu menjadi topik hangat di media sosial.
Hiburan

Isteri Didakwa Hamil, MK K-Clique Pilih Masa Yang Sesuai Untuk Kongsi - “Saya Memilih Sebegini Sebab ia Terlalu Peribadi”

gempak
22/04/2024
06:55 MYT
Doa yang baik-baik.