Hiburan
Allan Bimbang Tidak Diterima di Malaysia - “Hari-Hari Hitung Berapa Tiket Sudah Dijual”
Allan Andersn, penyanyi program realiti X Factor Indonesia, mengakui bimbang bakatnya tidak dapat diterima oleh peminat seni di Malaysia.
Kerisauan itu bagaimanapun berjaya ditepis apabila dia berpeluang mempersembahkan An Evening With Allan Andersen In Kuala Lumpur di Liberal Latte, Bukit Damansara, yang bermula hari ini dan akan berakhir esok.
BERITA BERKAITAN : Tak Puas Hati Isu Curang, Netizen Kongsi Gambar Mesra Jofliam & Dewi?
BERITA BERKAITAN : 13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun
BERITA BERKAITAN : Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar
BERITA BERKAITAN : Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek
Sekurang-kurangnya, ia memberikan kesempatan terbaik untuk dirinya berkongsi bakat serta kecintaannya terhadap muzik.
“Ternyata saya begitu risau dengan penerimaan pencinta dan peminat seni di sini kerana saya tahu semua penyanyi di Malaysia ini sangat berbakat.
“Sudah pasti akan ada yang cuba membandingkan cara nyanyian saya nanti. Jadi macam-macam persoalan timbul dalam fikiran saya,” katanya pada majlis An Evening With Allan Andersen pada Jumaat.
Bagaimanapun, jejaka kelahiran Tahuna, Sulawesi Utara yang berusia 33 tahun ini mengakui terkejut dengan sambutan dan penerimaan peminatnya di negara ini.
“Kali ini berbeza dengan di Indonesia. Saya tak pernah rasa setakut ini. Tapi di Malaysia, rasanya sangat berbeza,” kata Allan ringkas.
Must-Watch Video