,
Laman Utama

“Allah SWT Dah Atur” - Tak Mampu Beri Zuriat, Syanie Tak Sangka Suaminya Tetap...

Hanafis Haris
28/12/2021
08:47 MYT

Pelakon dan pelawak Syanie bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang memahami biarpun dia tidak mampu memberikan zuriat.

Menurut Syanie atau nama penuhnya Syaniza Hisham, 47, seperti semua sedia maklum dia telah menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari pada tahun lalu.

“Jadi sebelum buat keputusan berkahwin, saya tanya pada suami sama ada dia boleh terima kekurangan saya atau tidak.

“Sebab saya sudah tentu saya tidak mampu lagi memberikannya zuriat, sebab pembedahan tahun lalu kan.

“Alhamdulillah Allah SWT dah mengatur segala-galanya dan suami sedia menerima diri ini untuk dijadikan isteri,” katanya.

Jelas Syanie, suaminya, Zahril Hafiz Mohammed Nor juga tidak mempunyai anak menerusi perkahwinan terdahulu.

“Kata suami, dia reda jika tidak dikurniakan rezeki zuriat kerana yakin bahawa Allah SWT mempertemukan jodoh antara kami bersebab.

“Supaya kami sama-sama saling menyayangi antara satu sama lain hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah saya sekarang berasa sangat gembira selepas berkahwin bersama suami,” katanya.

Syanie berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Jaga-Jaga Senariounion. di Jannah Wedding Place, Beranang, kelmarin.

Filem Jaga-Jaga Senariounion terbitan Botak Production Management Sdn Bhd dijangka menemui penonton tidak lama lagi menerusi Astro First.

Filem terbaru menampilkan kesemua ahli Senariounion (kecuali Lan) turut Syanie, Bobby Kiran, Prono, Amm Raja Lawak, Farisha dan Badrul Shah.

Terdahulu, Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada tahun 1996 sebelum berpisah pada tahun 2002.

Selepas itu, Syanie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang lelaki bernama Nadi Putera Mohammad Zainol pada tahun 2014 dan bercerai pada 2016.

Syanie kemudian berkahwin lagi untuk kali ketiga dengan suami tersayangnya, Zahril Hafiz Mohammed Nor pada 19 Februari lalu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.