Hiburan
“Allah Bagi Peluang Untuk Lihat Betapa Kuat & Ikhlasnya Dia…” - Saharul Ridzwan Masuk Hospital, Sebak Lihat Isteri Sanggup Ulang-Alik
Pelakon, Saharul Ridzwan meluahkan rasa sebak apabila terpaksa dimasukkan ke hospital pada hari ulang tahun kelahiran isteri tercinta, Deena Emir pada Ahad.
Sebak masuk hospital waktu birthday isteri
Menurut Saharul, dia berasa kasihan terhadap isterinya kerana terpaksa berulang-alik dari rumah dan hospital untuk menjaga dirinya dan menguruskan anak-anak.
“Kesian dia, ulang-alik jaga aku kat hospital sambil uruskan anak-anak di rumah. Sebagai suami, hati ni rasa berat, sebab dia layak sambut dengan senyuman dan rehat, bukan dengan beban tambahan.
“Tapi aku sedar, Allah bagi aku peluang untuk nampak betapa kuat dan ikhlasnya dia.
“Kesakitan ni buat aku berfikir. Setiap nafas, setiap detik, semua pinjaman dari Allah. Dan dalam susah ni, aku nampak kasih sayang Allah, melalui isteri aku yang tak pernah penat menjaga. Maha hebat Allah, tak pernah tinggalkan hambaNya walau sekejap,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Hargai nikmat kesihatan
Dalam pada itu, Saharul menganggap kesakitan yang dialaminya ini sebagai salah satu dugaan buat dirinya.
Malah dia juga akan lebih menghargai dan sedar kepentingan nikmat kesihatan yang tidak ternilai.
“Mungkin ada yang baca ni tengah rasa berat juga. Tapi percayalah, di sebalik ujian, ada kasih sayang Allah yang kita tak nampak.
“Cuba cari, cuba rasa. Sebab setiap luka, setiap sakit, ada pelajaran yang Dia nak ajar.
“Doakan aku cepat sembuh, dan kalau ada masa, peluk orang yang kau sayang hari ni. Sebab kita tak tahu, berapa banyak hari lagi Allah bagi peluang macam ni.
"Kesakitan adalah tarbiah. Rahmat Allah datang dalam bentuk yang kita tak pernah jangka,” tulisnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Saharul di Instagram:
Untuk rekod, Saharul dan Deena atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir mendirikan rumah tangga pada September 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahara, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2 tahun.
Must-Watch Video