,
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza: "Sepanjang 'Menggelitat' Atas Stage, Saya Tak Pernah Pegang Lelaki" - Elly Mazlein Tahu Batas Sebagai Pengacara

Izwan Isa
02/10/2023
01:50 MYT
Pengacara All Stars Gegar Vaganza, Elly Mazlein mengakui yang kehadiran ‘Elly M’ pada konsert kedua rancangan berkenaan adalah semata-mata mahu memuaskan hati semua pihak.
Elly berkata, setelah cuba menjadi ‘orang lain’ buat sementara waktu, ternyata ramai dalam kalangan penonton mahukan persembahan pengacaraan energetik dengan 'menjelmakan' dirinya sebagai Kak Lina Pom Pom.
“Saya cuba puaskan hati semua orang, jadi saya buat dua versi, Kak Lina Pom Pom (Kepom) dan Elly M (Elly Mazlein). Akhirnya, orang nampak yang bila saya jadi Elly M, suasana jadi suram. Kita sebagai pengacara kena ada energi. Insya-Allah, apa pun kritikan, saya ambil maklum. Mana yang perlu kita perbaiki, kita akan perbaiki.
“Apa yang penting, setakat ini saya tidak pernah melanggar batas. Sepanjang saya 'menggelitat' atas stage, saya tidak pernah pegang lelaki. Sebab saya tahu, itu batas yang saya kena jaga.
“Memang saya 'menggelitat' dan gatal, tetapi itu hanya watak sahaja. Kadang-kadang benda macam ini jangan serius sangat. Kita just enjoy,” tuturnya.
Melanjutkan bicara, Elly mengakui dia ada membaca semua kritikan yang diberikan kepada dirinya.
“Saya baca semua kritikan. Tak boleh baca yang best sahaja sebab saya perlu tahu apa yang perlu saya tingkatkan. Saya hormati semua pendapat… tapi ternyata, saya akan terus menjadi Kepom, minta maaf tak boleh jadi Elly M sebab orang tak nak,” katanya lagi.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
BACA: GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”​
BACA: GV10: “Demi Kebaikan Semua Pihak, I’ll Be Signing Off…” - Kak Lina Mohon Maaf, Tak Akan muncul Di GV?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”

gempak
01/05/2024
12:55 MYT
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Lagi Mencabar! Sherry Alhadad Kena Masak 3 Menu… Ini Resipi Penuh Roti Jala, Kari Daging & Teh Masala

gempak
21/03/2024
09:55 MYT
Wah meriah!
Hiburan

Nombor Syatu! Elly Mazlein Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records!

gempak
03/02/2024
05:55 MYT
Artis Versatil Malaysia Naungan Rocketfuel Entertainment Merupakan Artis Pertama Mempunyai Saluran Pop-Up Eksklusif
Hiburan

“Tak Perlu Shaking, Saya Nak Kerja Dengan Ikhlas” - Dianggap Sebagai Pesaing, Elly Mazlein Jawab

gempak
25/01/2024
04:52 MYT
Kak Lina tak ada masa nak layan negativiti okay.
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.