,
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza: “Masa Nyanyi Saya Tengok Muka Isteri” - Aliff Aziz Akui Kehadiran Isteri Suntik Semangat

Izwan Isa
23/10/2023
02:50 MYT
Minggu Kelima All Stars Gegar Vaganza menyaksikan prestasi dan persembahan Aliff Aziz kian meningkat, menyebabkan dia berjaya naik satu anak tangga berbanding minggu lalu di kedudukan keenam.
Menyanyikan lagu Penghujung Rindu dendangan asal oleh Datuk Jamal Abdillah, persembahan Aliff turut menerima pujian daripada juri.
Mengakui prestasi persembahannya kembali pulih, Aliff berkata, ia ada kena mengena dengan kehadiran isteri, Bella Astillah menonton persembahannya saban minggu.
“Isteri saya memang sangat supportive sejak Gegar Vaganza 8 lagi. Saya sangat gembira dan bersyukur sebab sungguhpun jadualnya agak padat, dia tetap luangkan masa untuk datang beri sokongan.
“Tadi masa nyanyi saya tengok muka isteri… Sungguhpun kita penyanyi profesional, kita tetap lalu fasa yang rapuh. Jadi bila tengok wajah-wajah yang familiar dan yang dekat dengan kita, ia buatkan semangat kita pun naik,” katanya kepada Gempak.
Pada konsert All Stars Gegar Vaganza minggu kelima, Aliff menerima markah keseluruhan sebanyak 66.75 peratus.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
BACA: “Sepatutnya Jaga Hati Isteri…” - Bella Astillah Kesal Aliff Aziz Seperti Nak Berhubung Lagi Dengan Sophia...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Masih Dihentam Netizen, Ruhainies Nak Rasa Gembira & Tenang Tanpa Membenci Sesiapa - “Tak Suka Gaduh Di Public Sebab Saya Nak Tunjuk Contoh Yang Baik”

gempak
09/09/2024
03:25 MYT
Berterusan dihentam oleh netizen biarpun kontroversi melibatkan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz sudah berlalu, pelakon Ruhainies bagaimanapun mengambil langkah untuk berdiam diri di laman sosial.
Hiburan

Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

gempak
19/08/2024
01:55 MYT
Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.
Hiburan

Dituduh Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Mahu Bertemu Dengan Pemfitnah - “Saya Ingin Tahu Dari Mana Dia Dapat Info Fitnah”

gempak
16/08/2024
04:59 MYT
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rasa berang apabila mengetahui terdapat akaun TikTok yang menyebarkan fitnah terhadapnya.