Viral
Aliff Syukri Terkilan Dituduh Tak Buat Ibadah Qurban
Pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah individu yang menuduhnya tidak melakukan ibadah qurban walaupun mempunyai harta melimpah ruah.
Menerusi sebuah video dikongsi Aliff pada Aidiladha baru-baru ini, beliau menjawab kenyataan seorang individu yang menuduhnya tidak membeli lembu untuk dijadikan qurban tetapi mampu pula berhabis untuk perkara lain.
“Dato’ ini banyak duit beli itu beli ini, tapi raya korban tak beli lembu pun...Sedih!” tulis individu tersebut pada ruangan ‘tanya saya soalan’ di Instagram (IG).
Kecewa dengan ‘tuduhan’ dilemparkan, menerusi ruangan kapsyen Aliff bertanya kembali kepada warga net, apa kesalahan dilakukannya sehingga ‘pakcik dan makcik bawang’ sanggup berkata demikian.
Sementara itu menerusi rakaman video Aliff berkata, perlukah dia menunjuk kambing atau lembu qurbannya yang sedang disembelih kepada khalayak?
“Itu antara saya dengan Allah, tak payah nak menunjuk atau riak! Saya nak qurban 10 atau 20 ekor lembu, saya nak cerita kepada satu Malaysia?
“Ya Allah…Inilah manusia, saya buat baik tak nampak,” luahnya kesal.
Sementara itu diruangan komen, warga net menyokong kata-kata Aliff dan meminta jutawan kosmetik itu bersabar.
“Kalau tak tunjuk orang kata tak buat. Kalau dato’ tunjuk tengah berbuat baik macam manpun nanti orang kata riak pulak. Entah apa yang orang nak itu. Perasan diri paling benar paling baik. Dan tengok orang lain selalu salah. Sabarlah dato'...Allah maha mengetahui.
“Sabar je dato’... saya percaya dato’ orang baik-baik dan ada benda tak perlu dipamerkan di media kan?” tulis warga net.
Must-Watch Video