HIBURAN
Aliff Syukri Serik Hadap Kawan Hipokrit, Dedah Sedang ‘Fight’ Dapatkan Hak Lebih RM50 Juta Daripada Penghutang– “Kita Pula Jadi Pengemis”
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia kini sedang mendapatkan semula wang miliknya yang mencecah lebih RM50 juta daripada penghutang.
Tuntut Hak 50 Juta
Menurut Aliff, dia mendedahkan terpaksa mengemis kepada pihak yang berhutang dengannya untuk mendapatkan semula wang miliknya.
“Pada saya kalau bagi pinjam kita akan bergaduh, tak ada orang bayar lagi duit saya. Kita terpaksa mengemis pada orang yang pinjam.
“Sekarang saya sedang lawan untuk dapatkan hak saya lebih RM50 Juta. Saya struggle juga dalam berniaga, orang saja nampak senang.
“Bukan daripada golongan bawahan tetapi mereka ini semua dari golongan besar,” katanya kepada Gempak.
Aliff ditemui pada majlis santai bersama media di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Enggan Percaya Rakan Hipokrit
Tambah usahawan sensasi itu lagi, dia kini tidak lagi percaya dengan mana-mana pihak selepas berdepan dengan pelbagai kes penipuan terutama melibatkan hutang.
“Ramai kawan saya yang hidup mewah tapi hujung-hujung pinjam duit tak bayar. Kita pula jadi pengemis.
“Sebab itu saya berkawan dengan orang tidak dalam tempoh yang lama, bagi saya rakan baik saya adalah isteri saya.
“Zaman sekarang adalah dunia hipokrit, saya dah tak kisah menteri ke, Datuk Seri ke, saya dah tak percaya bila ditipu dengan orang ramai begini ,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Aliff pernah berdepan pelbagai kes melibatkan orang kenamaan yang berhutang namun enggan membayar balik.
Must-Watch Video