Hiburan
Aliff Syukri Rasa Terbeban Miliki Rumah Besar - “Saya Kena Peruntukkan Ratusan Ribu Untuk Repair…”
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akui berasa terbeban memiliki rumah mewah.
Menurut Aliff, dia perlu memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar untuk membiayai urusan penjagaan kediaman tersebut.
Aliff berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
“Rasa terbeban sangat bila ada rumah yang besar. Masa dulu waktu nak buat rumah ni tak fikir seronok saja, tak fikir nak mantain.
“Tapi bila dah ada dah duduk baru tahu kos nak ada rumah besar ni bukan mudah terutamanya bila nak buat mantainent.
“Setahun sahaja saya kena memperuntukkan ratusan ribu untuk nak repair rumah terutama bila rumah ini dah lama,” kongsinya.
Dalam pada itu, Aliff juga turut memberikan nasihat kepada mereka yang mempunyai hajat untuk memiliki rumah besar.
BERITA BERKAITAN: "Ada Yang Tak Sabar Lagu Raya Artis No. 1 Malaysia?" - Aliff Syukri Beri Hint Bakal Keluar Lagu Raya, Netizen Nervous!
BERITA BERKAITAN: Tetap Professional Walaupun Bergaduh, Shahida Kongsi Kisah Asam Garam Rumah Tangga Bersama Aliff Syukri - “4 Bulan Tak Bercakap…”
BERITA BERKAITAN: “Tak Nak Ke Anak Nampak Cantik…” - Netizen Mula Bandingkan Qadejah & Cik B, Mahu Datuk Vida Buat Sesuatu
BERITA BERKAITAN: “Sedih Orang Kata Saya Buat Gimik…” - Aliff Syukri Siap Tunjuk Bukti, Memang Pindah Ke Bangunan Yang Lebih Besar
“Pening kepala jadi kepada anda saya nak bagi nasihat sebelum anda ambil keputusan untuk berpindah di rumah besar tolonglah ready untuk kos penjagaannya.
“Semakin besar umah semakin tinggi kos terutama bila rumah itu dah lama dan kerosakan banyak,” coretnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Aliff:
Must-Watch Video