,
Laman Utama

Alif Satar Segan Dipuji Suara Sedap, Cergas & Ada Asas Agama Mantap

Gempak
28/11/2023
09:55 MYT
Artis versatil, Alif Satar kurang selesa dengan pujian diberikan pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berhubung keperibadiannya seperti yang dimuat naik dalam aplikasi X, sejak Isnin.
Bagi Alif, 33, dia bukanlah seorang yang sempurna untuk menerima pujian seperti itu kerana merasakan dirinya masih mempunyai kekurangan.
Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia sedikit pun tidak berbangga dengan pujian diterima, apatah lagi, ia dipercayai timbul daripada isu sensasi membabitkan pasangan pempengaruh media sosial, sejak Ahad lalu.
"Saya segan sebab pujian itu mungkin datang daripada berita negatif orang lain. Ia mungkin kedengaran kelakar dalam media sosial, tapi kehidupan orang lain yang terjejas dan banyak hati terguris mengenainya.
Netizen pun komen pedas dan kelakar. Tapi, saya tak suka komen sebab tak tahu apa nasib masa depan dan pengakhiran hidup saya pun tak tahu bagaimana.
"Jadi, Fadzilah komen itu Alhamdulillah, tapi segala pujian itu semuanya bagi Allah. Saya sedikit pun tak rasa bangga dengan pujian. Orang boleh cakap apa-apa sama ada negatif atau positif.
"Saya tak berkenan jika pujian itu datang daripada berita tak baik orang lain. Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen bertanya bila saya bernikah lain," katanya.
Semalam, Fadzilah muat naik hantaran di aplikasi X yang memuji keperibadian dimiliki Alif dengan menyifatkan penyanyi itu mempunyai kehidupan seimbang dunia dan akhirat.
"Dalam banyak-banyak, Alif Satar je yang Tok Abah (panggilan Fadzilah) berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap.
"Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!," tulis Fadzilah di aplikasi X.
Pujian untuk Alif itu dipercayai timbul selepas kecoh isu kahwin dua secara senyap membabitkan pempengaruh media sosial, Alif Teega seperti yang dimuatnaik di Instagram (IG) miliknya, semalam.

BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

Pada masa sama, Alif berkata, tidak seronok apabila pujian itu timbul daripada berita negatif orang lain kerana mungkin boleh memberi kesan kepada individu terbabit.
"Berat sebenarnya pujian itu, mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Kalau aib saya dibuka macam mana?
"Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini terjadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri," katanya.
Bagaimanapun, Alif mengaku tidak terganggu dengan usikan netizen yang mengaitkan dirinya dengan isu terbabit hanya kerana memiliki nama yang sama.

PILIHAN PEMBACA: “Tak Ada Pasangan Yang Nak Hadap Pendatang Luar” - Aisyah Hijanah Dedah Rumah Tangga Hadapi Ujian,...

Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar