,
Berita

Alif Hadi Tak Sangka Bakat Bermain Skateboard Diperlukan Dalam…

Syafiqah Jalal
03/03/2020
10:29 MYT
Pelakon Alif Hadi tidak menyangka bakat sukan papan selaju atau ‘skateboard’ sejak 18 tahun lalu diperlukan di dalam sebuah filem.
Alif berkata dia telah dipilih oleh pengarah Ghaz Abu Bakar untuk membintangi filem Bulan & Pria Terhebat kerana mahu mengetengahkan sukan tersebut.
“Sebenarnya saya rasa bangga apabila dipilih oleh Ghaz sendiri untuk berlakon dalam filem Bulan & Pria Terhebat ini.
“Tidak sangka skateboard menjadi sebahagian aksi di dalam filem ini,” katanya kepada Gempak.
Selain Alif Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Mengulas mengenai pengalamannya dalam menjayakan penggambaran filem tersebut, Aliff berkata dia turut berdepan dengan cabaran meskipun sudah biasa dalam dunia ‘skateboard’.
“Semua stunt atau aksi melibatkan skateboard di dalam filem ini saya lakukan sendiri.
“Meskipun saya diberi kebebasan untuk melakukan style saya sendiri namun saya tetap berhadapan dengan cabaran apabila lokasi ketika melakukan aksi tersebut agak sukar.
“Kami menjalani penggambaran di dalam gudang dan agak mencabar kerana simennya tidak rata dan ada yang pecah-pecah jadi agak tidak stabil untuk bermain skateboard,” katanya lagi.
Filem hebat yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini bakal menemui penonton pada 12 Mac depan.
Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.