,
Laman Utama

The Alif Bangkitkan Semangat Patriotisme Menerusi Negaraku Malaysia

Maliah Surip
24/08/2021
10:20 MYT
Meskipun negara sedang menghadapi ancaman pandemik Covid 19, ia tidak mematahkan semangat The Alif untuk mengeluarkan sebuah lagu yang dapat memupuk semangat cintakan negara dan juga semangat berjuang untuk negara.
Lagu berentak Rock dan sedikit enjeksi Pop yang diberi judul Negaraku Malaysia ini tidak mustahil bakal menjadi siulan oleh seluruh rakyat.
Menurut Aliff Hassan penulis lagu dan juga penyanyi kumpulan The Alif berkata, lagu Negaraku Malaysia ditulis kerana ingin menyeru anak anak muda untuk menanamkan sifat cintakan Negara, lagu ini juga sedikit sebanyak mampu memupuk semangat juang untuk Tanah Air.
"Jika kita ada semangat juang dan cintakan negara tak mustahilnegara kita bakal dipandang hebat di mata dunia, kerana keunikan dan kebolehan yang rakyat Malaysia ada amat hebat, Jika kita semua bersatu bersama berjuang untuk negara tak kira bangsa dan agama," kata Aliff Hassan.
Bercerita lebih lanjut, dia mengatakan antara cabaran yang sukar ketika rakaman lagu ini adalah ia dirakam semasa keadaan negara sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan,
Justeru itu ia amat terhad untuk melakukan aktiviti rakaman. "Akan tetapi dengan teknologi yang sedia ada ia tidak menjadi halangan untuk proses rakaman lagu ini. Lagu ini direcord di studio Hotsound yang berpangkalan di Wangsa Maju proses dan mixing & mastering dilakukan oleh Muhd A Husni dari Hotsound Studio," katanya.
The Alif yang dianggotai oleh Aliff Hassan, Meor Ian, Megat, Arm Mazlan & Jay Cugat Berharap agar lagu ini dapat diterima oleh seluruh pencinta muzik tanah air dan seluruh rakyat Malaysia.
Sementara itu Megat selaku pemain bass The Alif berkata, lagu ini sesuai untuk semua golongan kerana kami memastikan melodi ini mudah diterima dan dinyanyikan, bait bait lirik ini juga mudah dihafal dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.
The Alif berharap lagu ini dapat diputarkan dicorong corong radio Tanah Air. Lagu Negaraku Malaysia boleh didengari di seluruh digital platform muzik antaranya (Spotify, Joox, Apple Music, KKBox & Deezer).
Muzik video akan dirilis di YouTube dalam waktu terdekat. Untuk mengetahui perkembangan The Alif, boleh layari di Facebook, Twitter & Instagram The Alif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Berita

Sepasang Suami Isteri Tempuh Perjalanan 331km Demi Sambut Hari Malaysia

gempak
17/09/2024
10:25 MYT
Jarak perjalanan sejauh 331 kilometer dari Sandakan ke pusat bandar Kota KInabalu tidak menghalang pasangan suami isteri meraikan sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam tadi.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.