,
Berita

"Alhamdulillah, Semuanya Berjalan Lancar" - Syazwan Zulkifly Selamat Bertunang

Rozaimi Zubaidi
02/09/2019
05:43 MYT
Pelakon Syazwan Zulkifly selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan yang bertugas sebagai pramugari, Syawariah Zulkifli, 32, pada Sabtu lalu di Taiping, Perak.
Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya (IG) semalam.
"Ini semalam punya cerita. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar," tulisnya ringkas.
Menerusi beberapa entri di IG, tunangnya turut berkongsi beberapa keping foto semasa majlis berlangsung
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut Syazwan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.
"@daus8858: Tahniah Peng. Akhirnya kau dah balik ke pangkal jalan."
"@fatinafeefa: One step closer! Congrats kepeng."
"@eisya_raingers: Alhamdulillah. Tahniah Abang Long @syazwanzulkifly & @sya.zulkifli. Semoga dipermudahkan segala urusan & berkekalan hingga ke jinjang pelamin."
Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

One step closer. Alhamdulillah ?syaXsyazwan

A post shared by Sya. Z (@sya.zulkifli) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.