gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Takut Saya!" - Bell Ngasri Dikejar Warden Parkir Di New Zealand, Semua Gara-Gara ...
BERITA
Enam Termasuk Bayi Enam Bulan Ditemukan Maut Dalam Kereta Yang Tenggelam Dalam Sungai Korok
HIBURAN
Selepas 18 Tahun! My Chemical Romance Bakal Kembali Hiburkan Peminat Malaysia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Alhamdulillah Hajat Dah Disampaikan” - Khairul Aming Tunai Permintaan Wanita Mengandung, Siap Ada Daging Harimau Menangis!

Azwa Rahman
Azwa Rahman
09/12/2020
00:09 MYT
Sponsor Banner
“Alhamdulillah Hajat Dah Disampaikan” - Khairul Aming Tunai Permintaan Wanita Mengandung, Siap Ada Daging Harimau Menangis!
Personaliti media sosial Khairul Aming tampil membantu seorang ibu muda hamil yang mengidam untuk menikmati masakannya.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pemuda berkongsi kegelisahannya menerusi satu ciapan apabila isteri tercinta teringin untuk menikmati air tangan Khairul Aming.
“Bang, isteri saya yang pregnant teringin sangat masakkan Khairul Aming. Saya masak tiru resepi Khairul Aming pun dia kata tak sedap. Bantuin bang,” tulis pemuda itu pada Selasa.
Sehari selepas menerima permintaan itu, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman memuat naik sebuah video pertemuan dirinya bersama pasangan suami isteri itu untuk menghantar masakan.
alhamdulillah hajat dah disampaikan. selamat menjamu selera Asyraf & Wife! ?? https://t.co/sli5dKOTxU pic.twitter.com/vdEGqZHDJi
— Khairulaming (@khairulaming) December 7, 2020
“Alhamdulillah hajat dah disampaikan. Selamat menjamu selera Asyraf dan isteri,” tulis Khairul.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang dua minit itu, Khairul siap pergi ke pasar membeli barang keperluan untuk memasak resipi daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar bersama sos thai masam pedas.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji tindakan Khairul yang baik hati melayan hajat pengikutnya.
Malah, ramai yang turut mengusik Khairul apabila masing-masing mengaku diri sedang mengandung dan mengidam masakannya.
“Bahagia siapa jadi wife minmin, mengidam tak payah beli sebab suami dia boleh masak semua hm,” kata seorang wargamaya.
“Comel sangat nih. Kite pon mengidam masakan minmin jugak tapi kite mengandungkan lemak jelah,” usik seorang wargamaya.
“Aku pun menangis tengok ni hahaha. Perlu mengidam dulu ke baru dapat merasa hahaha. Bukak kedailah boleh kami rasa air tangan masakan tu jugak,” cadang seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, mulia sungguh hati awak. So ada tak perjanjian anak lelaki nama Khairul, anak perempuan nama Khairiyah?” tanya seorang wargamaya.
“Saya doakan minmin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan, sukses terus yaaa,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video Khairul itu telah mendapat hampir 35,000 tanda suka serta setengah juta tontonan oleh warga Twitter.
Topic Berkaitan
#Viral
#Khairul Aming
#Wanita mengandung
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement