,
Laman Utama

Alec Baldwin Tak Mengaku Tembak Mati Rakan Di Set Penggambaran

Maliah Surip
02/12/2021
04:50 MYT
Aktor Alec Baldwin memberitahu ABC News, dia tidak menarik picu pistol dan menembak mati pengarah fotografi, Halyna Hutchins di set penggambaran filem Rust, baru baru ini.
Kenyataan itu dikeluarkan Baldwin dalam sebuah temubual eksklusif yang dibuat selepas insiden tidak dijangka tersebut berlaku pada Oktober lalu.
“Saya tidak menarik picu pistol tersebut. Saya tidak buat,” katanya seperti dipetik dari CNN.
Sewaktu ditanya mengapa dia mengacukan senjata tersebut kepada Hutchins sedangkan perkara itu tidak tertulis di dalam skrip, Baldwin mengatakan dirinya tidak sesekali akan menembak orang.
“Saya tidak akan mengacukan senjata api kepada sesiapa dan menembak mereka. Tidak,” tegasnya.
Baldwin kemudian mengatakan dia tidak tahu bagaimana pistol jenis Colt. .45 tersebut boleh memiliki peluru di dalamnya.
“Seseorang telah mengisi peluru di dalam pistol tersebut. Ia (peluru) tidak sepatutnya berada di set penggambaran pun,” katanya lagi.
Dalam keadaan emosional, Baldwin mengenang mendiang sebagai seorang yang amat disayangi oleh semua orang.
“Dia disayangi oleh semua orang yang pernah bekerja dengannya. Saya tidak sangka semua ini akan terjadi,” katanya penuh sebak.
Aktor juga juga mengaku kepada wartawan George Stephanopoulos bahawa pengalaman menjalani penggambaran filem tersebut sebagai sejarah hitam dan terburuk buatnya.
“Ya, saya berfikir dan berfikir banyak kali. Apakah yang telah saya lakukan?”, katanya dalam temubual yang diadakan malam tadi.
Menerusi insiden yang cukup mengejutkan tersebut, selain Hutchins terbunuh, pengarah filem Joel Souza turut mengalami kecederaan selepas terkena tembakan dari Baldwin pada Oktober lalu.
Insiden tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Kredit Foto: ABC News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.