,
Hiburan

Album Baru Malique Pula Dituduh Agungkan Illuminati

Fiza Kamarudin
12/01/2017
14:04 MYT
Selepas album terbaru bekas anggota Too Phat, Malique berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata dilaporkan laris, timbul pula isu apabila keyboard warrior menuduh penyanyi tersebut mengagungkan illuminati.
Semuanya gara-gara foto wajah manusia bermata satu yang digunakan untuk album ketiga yang dilancarkan pada 23 Disember lalu itu.
Agak menyedihkan apabila keyboard warrior turut menuduh Malique sengaja mengagungkan illuminati serta dajjal menerusi poster album tersebut.
Malah, ada juga menyatakan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak bersetuju dengan konsep album baru itu, apatah lagi mereka telah menunggu produk terbaru daripada Malique sejak sekian lama.
Bagaimanapun, berlaku perbalahan di ruangan komen laman sosial Facebook Harian Metro apabila ramai juga yang tidak bersetuju dengan tuduhan dilemparkan kepada Malique.
Menurut mereka, keyboard warrior sepatutnya berfikiran lebih terbuka dan tidak wajar mengaitkan illuminati dan dajjal dengan album terbaru penyanyi rap terkenal itu.
Ini kerana kata mereka, tuduhan yang dilemparkan tidak masuk akal kerana jika diteliti semula banyak maksud tersirat lain yang boleh dikaitkan dengan foto tersebut.
Sebelum ini, kulit album terbaru penyanyi Faizal Tahir, Anatomi turut terpalit kontroversi sama .
Malique TKO : Pejamkan Mata terjual lebih 2,000 unit dalam tempoh kurang tiga minggu dilancarkan di laman web rasmi Qarma Music.
Poster album itu turut menjadi tular di laman sosial sebaik sahaja ia dilancarkan.
Album yang mengandungi 11 lagu ini hanya dijual secara online sehingga Mac 2016, dengan harga RM32.
11 buah lagu yang terdapat dalam album kompilasi ini ialah:
1. Warkah Dari Perbatasan (Intro) 2. Salut featuring Ariz 3. Perang Dah Tamat featuring Rabbani 4. 2010 Masih Hip Hop featuring Joe Flizzow 5. Muzik Buatku High 6. Senyum featuring Najwa 7. Cuba Lagi featuring Lah Ahmad 8. Bukan Mudah with Nukilan 9. Aku Maafkan Kamu featuring Jamal Abdillah 10. Teman Pengganti with Black 11. Pejamkan Mata featuring Dayang Nurfaizah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.