,
Hiburan

Alami Keracunan Makanan, Che Ta Dimasukkan Ke Hospital - "Dah 10 Tahun Tak Masuk Hospital, Kali Terakhir Ketika ..."

Ernalisa
22/10/2024
02:25 MYT
Pelakon jelita Rozita Che Wan dimasukkan ke hospital petang Isnin disyaki akibat keracunan makanan.

BERITA BERKAITAN:Zain Saidin Tak Risau Aaisyah Suka Bersolek, Anggap Bersiap Bukan Satu Masalah - “Dia Dalam Fasa Membesar…”

BERITA BERKAITAN:Dedah Aib Fattah, Peguam Beritahu Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara Kerana Hina Perintah Mahkahmah

​BERITA BERKAITAN:Azah Aziz: Kahwin dengan Mat Saleh supaya tak bermadu? | Singgah Set

​BERITA BERKAITAN:“Perkara Ini Akan Dimuktamadkan Secara Baik” - Peguam Fattah Amin

Che Ta memberitahu Gempak, dia mula mengalami muntah-muntah dan cirit-birit sejak malam kelmarin akibat salah makan.

“Rasanya salah makan. Malam tu kami makan burger, lepas tu rasa perut tak sedap… muntah-muntah.

“Lepas itu dah makan ubat, cirit-birit. Lepas pergi klinik tak tahan, pergi hospital terus kena tahan,” kata Che Ta ringkas.
Disebabkan itu, beberapa jadual penggambaran yang sepatutnya dilakukan hari ini juga terpaksa dibatalkan.
“Patutnya kami ada beberapa sesi penggambaran yang perlu dihadiri, tapi sebab tak sihat macam ini terpaksalah tunda ke hari lain.
“Kesian kawan-kawan lain,” katanya.
Che Ta yang masih dalam keadaan lemah bagaimanapun berseloroh bahawa dia sudah tidak tahan untuk berada di hospital terlalu lama.

“Memang rimaslah duduk di hospital lama-lama. Rasanya dah 10 tahun saya tak masuk hospital.

“Kali terakhir masuk hospital waktu lahirkan Aaisyah… mana kami tak rimas.
“Kami dah cakap dengan doktor kami nak keluar hari ini. Tapi doktor cakap tak boleh dulu,” katanya.
Che Ta yang telah dua hari dimasukkan ke hospital kini masih lagi dalam pantauan pihak doktor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Demi Keluarkan Duit Nak Bayar Rawatan, Lelaki Sakit Tenat Terpaksa Ke Bank Sambil Diusung Bersama Katil Hospital Untuk Lakukan Pengesahan Identiti

gempak
09/11/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki yang sedang sakit tenat dibawa ke cawangan bank tempatan bersama katil hospital oleh keluarganya untuk mengesahkan identitinya bagi tujuan transaksi wang.
Viral

Che Nom Kongsi Masak Pisang Goreng Bijan, Kapsyen ‘Rupa Tak Seindah Tudung Satin Corak KLCC’ Curi Perhatian Netizen

gempak
05/11/2024
08:25 MYT
Youtuber masakan terkenal, Che Nom mencuri tumpuan apabila berkongsi resepi masakannya baru-baru ini.
Hiburan

Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."

gempak
03/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Uqasha Sensrose menyatakan dia tekad untuk meneruskan kes fitnah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya ke mahkamah.
Hiburan

Angkut Karavan Ke Lokasi Penggambaran, Juliana Evans Pilih Untuk Ada Ruang Rehat Sendiri - "Saya Tenang Untuk Menghafal Skrip"

gempak
03/11/2024
04:55 MYT
Pelakon, Che Puan Juliana Evans kini mempunyai ruang rehatnya sendiri ketika berada di set penggambaran.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Tepati Ramalan & Persembahan Superb! Pejuang Kanser, Gie Dinobat Sebagai Juara

gempak
02/11/2024
15:51 MYT
Tampil dengan persembahan memukau, bintang Kilauan Emas 2024, Gie menepati ramalan selepas namanya dinobatkan sebagai juara sebentar tadi.
Unitar