,
Berita

Alami Demam Panas, Farouk Hussain Dimasukkan Ke Unit Kecemasan

Rozaimi Zubaidi
28/12/2017
02:11 MYT
Pelakon Farouk Hussain dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam panas yang agak tinggi semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Farouk telah berkongsi gambar sedang terlantar di katil hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam keadaan lemah.
"Terima kasih banyak-banyak kepada doktor dan semua staff unit kecemasan PPUM, Kuala Lumpur yang telah membantu semasa saya ke unit kecemasan sebab saya demam panas yang amat tinggi semalam.
"Perhatian segera dan pantas diberikan oleh staff PPUM, amat saya menghargai segalanya. Terima kasih banyak-banyak ikhlas dari saya,"tulisnya.
Rata-rata peminat terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Farouk kembali pulih selepas menerima rawatan.
@zanie_leman: 'Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan untuk abang Farouk Hussain. Jaga diri dan mendapat rehat yang cukup.
@muhamad_pitt: 'Jaga kesihatan sebab nampak kurus sangat. Semoga nana segera sembuh naa. Take care nana.
@alkhairid: 'Semoga cepat sembuh dan semoga Allah permudahkan segala urusan. Sakit penghapus dosa.
@dato.kassim: '@faroukhussain1967 kami doakan agar tuan cepat sembuh. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aamiin.
@tokdeanz: 'Semoga bro segera sembuh, semoga Allah permudahkan segala urusan serta janganlah dipersulitkan dan segala yang baik-baik hanya untuk bro. Farouk... Aamiin.
Menerusi komen yang ditinggalkan di IG Farouk berkata keadaanya kini semakin sihat selepas menerima rawatan.
"Terima kasih banyak-banyak atas doa kawan-kawan semua. Saya dah bertambah ok dah berkat doa kawan-kawan semua. Suspect denggi tapi nasib baik bukan hanya viral fever dan panas terlampau tinggi,"tulisnya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Persembahan Penuh Emosi, Sarkas Juara Muzikal Lawak Superstar 4! Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000

gempak
17/11/2024
15:48 MYT
Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Hiburan

Tak Dengki Dengan Anna Jobling, Didie Alias Mahu Angkat Martabat Pelawak Wanita - “Apa Guna Kewujudan Pelakon Komedi…”

gempak
21/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Didie Alias menyatakan dirinya tidak pernah berasa cemburu dengan pemilihan Anna Jobling sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4).
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Unitar