,
Hiburan

Alami Batuk Berpanjangan, Alyah Derita Tidur Duduk Seminggu - "Saya Terfikir Adakah Saya Akan Mati Di Sini ..."

Umirah Halim
11/07/2024
03:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah berkongsi keadaan kesihatannya yang terkini setelah keluar dari hospital pada Isnin lalu.

Sudah semakin pulih

Menurut Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan dia dikhabarkan sudah semakin pulih namun masih terasa sakit pada bahagian rusuk kiri.
Selain itu, doktor turut menyarankan Alyah untuk melakukan rawatan fisioterapi bagi pemeriksaan selanjutnya.
“Tiga hari saya masuk hospital itu memang saya tak sedar apa, semalam baru discharge baru saya dapat dunia saya balik sebab bila keluar saya dapat makan donut mak saya, tengok suami dan anak saya, saya bersyukur sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah, Ramli MS Ambil Anak Angkat - “Nur Izzara Hadir Dalam Hidup Kami”

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Datin Alyah Tarik Diri, Dapat Panggilan Tunaikan Haji

“Flight saya nak balik dari Makkah tu pula saya kena transit jadi saya bertahan dan balik seorang diri selalunya ada pengurus saya untuk teman tapi ini kali pertama dalam hidup saya sorang jadi memang perlu bertahan sahaja, bila touch down je saya terus ke hospital.

“Bila balik sini doktor bagi antibiotik tiga beg baru saya boleh dapat rasa badan saya semula kalau tak saya memang on off sakit.
“Doktor sarankan saya buat physio sebab batuk saya terlalu lama sehingga ada injured di bahagian rusuk kiri saya. Saya kena datang lagi minggu hadapan untuk buat follow up pemeriksaan.
“Selepas discharge, rusuk belah kiri saya masih sakit, saya tidur pun masih pakai macam ‘koyok’ yang doktor bagi untuk bantu kurangkan sakit saya,” katanya ketika dihubungi Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Bola Sepak Dipenjara Seumur Hidup Belasah Kekasih Dengan Kerusi, Tukul Besi

ARTIKEL BERKAITAN: Belasah Warga Emas Sampai Muka Bengkak & Patah Tulang Pipi, Pembuli Jalan Raya Direman 4 Hari

Dalam pada itu, Alyah turut memaklumkan bahawa dia perlu tidur dalam posisi duduk selama satu minggu akibat sakit di bahagian rusuk kesan daripada batuk dan demam yang dialami.
Susulan sakit yang berpanjangan, Alyah turut mengakui pernah terfikir akan menghadapi kematian ketika berada di Tanah Suci itu.
“Kali ini sangat tough saya punya mindset macam buat umrah tapi sangat berbeza, saya tak pernah rasa seperti ini.

“Saya rasa satu malam tu saya ada terfikir adakah saya nak meninggal di sini sebab sakit sangat. Saya juga sudah pergi ke hospital tiga kali di sana kerana keadaan saya sakit sangat dan tak pulih.

“Ketika disana saya nampak banyak kematian jadi sebab itu saya pun terfikir kemungkinan saya pun boleh jadi begitu.
“Bila dah masuk malam saya punya demam jadi lebih teruk berbanding siang jadi rusuk saya memang sakit dan saya memang tak boleh baring, jadi saya kena tidur duduk.
“Seminggu lebih saya tidur duduk, saya fikir macam ini dugaan saya sahaja, jadi sambil duduk tu saya berzikir,” kongsinya.
Terdahulu, Datin Alyah yang sepatutnya pulang dari mengerjakan haji pada 17 Julai ini terpaksa pulang lebih awal kerana mengalami masalah kesihatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

Hafiz Suip Fokus Jaga Ibu Terlantar Sakit, Terpaksa Berenggang Sekejap Dengan Isteri - “Bagi Saya Semua Ini…”

gempak
15/11/2024
02:26 MYT
Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia kini lebih selesa menetap di kampung halamannya iaitu Kuching, Sarawak bagi menjaga ibunya.
Hiburan

Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus

gempak
13/11/2024
03:25 MYT
Pelakon Ebby Yus yang kini sedang berehat panjang daripada industri hiburan menerima kunjungan seorang pelakon yang juga penyandang gelaran Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato di kediamannya pada Isnin.
Hiburan

Lemas, Benam Kepala Anak Tamara Tyasmara 12 Kali, Kekasih Terlepas Hukuman Mati

gempak
05/11/2024
21:51 MYT
Selepas sembilan bulan kes membabitkan jenayah Yudha Arfandi terhadap anak kekasihnya, pelakon Tamara Tyasmara, Dante, Pengadilan Negeri Jakarta Timur akhirnya memutuskan lelaki tersebut bersalah.
Hiburan

Zila Bakarin Mati Rasa Nak Berhias - "Lantaklah Orang Nak Kata Pucat-Lesi, Saya Tak Peduli"

gempak
29/10/2024
04:55 MYT
"Akak dah puas!" itu ringkas pelakon Zila Bakarin mengimbau zaman mudanya yang dahulunya gemar mengenakan solekan dan sentiasa menjaga pakaian setiap kali sebelum keluar rumah.
Unitar