,
Hiburan

Alamak! Thanos Lenyapkan Separuh Hasil Carian di Google?

Kamaruddin Razal
26/04/2019
14:04 MYT
Satu dunia sudah tahu bahawa pasukan Avengers kini sedang sibuk menentang Thanos dan mengembalikan semua hampir separuh penduduk bumi yang hilang akibat ‘Thanos Snap’, lapor Astro Awani.
Tetapi, rupanya The Mad Titan itu mempunyai muslihat yang lebih 'keji' -- dia menyerang Google pula!
Ya! Enjin carian paling terkenal di dunia itu sedang ditakluki oleh Thanos dan dia dapat menghilangkan hampir separuh daripada hasil carian yang anda ingini.
Cuba anda buka Google dan taip ‘Thanos’ dalam carian. Anda akan melihat ada ‘Infinity Gauntlet’ di hasil carian.
Tetapi jangan terpedaya; jangan cuba sesekali klik padanya kerana ia boleh hilangkan hampir separuh daripada hasil carian di Google.
Tetapi jangan takut dan jangan terkejut kerana anda boleh kembalikan hasil carian tersebut dengan mengklik lagi sekali pada ‘Infinity Gauntlet’.
Semuanya akan kembali seperti sedia kala dengan menggunakan kuasa ‘Time Stone’.
Sebenarnya, Ini mungkin adalah gimik ataupun teknik pemasaran oleh Marvel Studios dan dibantu oleh Google kerana hari ini, 26 April 2019, adalah tarikh tayangan bagi filem terhebat pada abad ini iaitu ‘Avengers: Endgame’ di Amerika Syarikat dan banyak negara lagi.
Bagi Malaysia, filem ‘Avengers: Endgame’ telah pun mula tayangan pada 24 April 2019. Bagi yang sudah menonton, no spoiler please.
Sumber: Astro Awani.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

James Cameron, Russo Bersaudara Saling Ucap Selamat Setelah Avengers: Endgame Resmi Rampas Takhta Avatar Jadi Film Terlaris Sepanjang Masa

gempak
23/07/2019
12:49 MYT
Film

Avengers: Endgame Diulang Rilis Dengan Adegan Tambahan

gempak
20/06/2019
03:30 MYT
Hollywood

Dua Kali Sehari, Pemuda Ini Sudah Tonton Avengers: Endgame 110 Kali!

gempak
13/06/2019
05:17 MYT
Hollywood

Avengers: Endgame Tenggelamkan Titanic! Raih Kutipan Box Office Kedua Tertinggi Dunia

gempak
09/05/2019
06:08 MYT
Hiburan

"Mana Black Widow?" - Foto Iron Man Bersama Pelakon Wanita Avengers: Endgame Viral

gempak
05/05/2019
21:43 MYT