HIBURAN
Al Ghazali Main Telefon Sewaktu Pembantu Sarungkan Stokin, Pakai Kasut, Netizen: “Tangan Tidak Sakit…”
Netizen melahirkan rasa kurang senang kepada pelakon dan pemuzik Al Ghazali apabila dilihat santai bermain telefon bimbit sementara seorang lelaki botak membantunya memakai stokin dan kasut.
Menerusi foto yang tersebar dan dikongsikan oleh akaun Instagram @rumpi_gosip, anak lelaki Ahmad Dhani itu leka melihat telefon sewaktu lelaki dipercayai pembantunya ‘menyiapkan dirinya’.
Melihat situasi tersebut, ramai yang berpendapat sikap Al Ghazali tidak patut menjadi contoh dan teladan.
Malah ada yang menyifatkan adab tidak boleh dibandingkan dengan ilmu.
“Pembantu memang dibayar tapi tidak sepatutnya seperti ini sekali. Adab lebih tinggi daripada ilmu,” tulis seorang netizen seperti dilaporkan InsertLive.
Apapun alasannya ini tidak sopan. Tangan masih ada dan tidak sakit malah buat main telefon,” sindir seorang lagi.
Namun ada juga netizen yang membela Al Ghazali dengan mengatakan pembantu itu telah lama berkhidmat menjaga anak Maia Estianty itu.
“Sepertinya dia sudah membantu menjaga dari kecil. Jadi pembantu sudah menganggap dia seperti anaknya sendiri. Mungkin seperti itu,” katanya.
Must-Watch Video