HIBURAN
Mimi Fly Akur Dengan Teguran Orang Ramai, Lancarkan Semula MV Serumpun Versi Yang Disunting Semula
Susulan pelbagai reaksi yang diterima terhadap muzik video lagu Serumpun, penyanyi Mimi Fly tampil membuat permohonan maaf sekali lagi secara terbuka.
Akur dengan teguran
Kata Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 38, dia akur dengan nasihat dan teguran yang diberikan oleh orang ramai dan memilih untuk menurunkan muzik video asal lagu raya tersebut.
“Semenjak lagu raya Serumpun saya dilancaakan saya terima banya respons daripada peminat dan pendengar muzik, ada yang baik dan ada juga yang bimbang kalau pendekatan seni ditafsir berlainan dan menyimpang dari niat saya yang sebenar.
“Saya sudah dapat teguran daripada mufti Wilayah Persekutuan dan juga nasihat-nasihat jadi saya ambil maklum dan akur dengan kekhilafan dan sudah menurunkan video tersebut,” ujarnya menerusi satu perkongsian video di Instagram.
Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu juga memaklumkan bahawa pihak kru dan produksi sudah melakukan gubahan semula pada muzik video yang akan dilancarkan semula pada hari ini.
“Kru produksi sudah pun melakukan gubahan semula dan akan dilancar semula pada hari ini,” ujarnya lagi.
Pada akhir video, Mimi sekali lagi menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mencipta kontroversi sebaliknya hanya mahu berikan yang terbaik buat karyanya.
“Sebagai anak melayu bukanlah niat saya untuk menghina agama dan budaya kita dan sebagai anak seni saya sentiasa mahu pastikan karya saya diterima dan berkualiti sebagai manusia biasa saya juga tidak teelepas kesilapan.
“Terima kasih bagi teguran dan kritikan yang baik sekali lagi say memohon jutaan kemaafan. teruskan dengar serumpun,” katanya lagi.
Sebelum ini, MV Serumpun berdepan reaksi negatif segelintir pihak yang menyifatkan busana terdedah digayakannya tidak sopan untuk lagu raya.
Malah, isu itu turut meraih perhatian parti politik Wanita Amanah Wilayah Persekutuan yang mengecam dengan mendakwa MV berkenaan bertentangan ajaran Islam serta maksud sebenar Aidilfitri.
Difahamkan, penampilan pakaian klasik Melayu, Jawa serta etnik Thai dalam MV terbabit sebagai simbol kepelbagaian budaya yang turut meraikan Aidilfitri walaupun berbeza asal.
Must-Watch Video