,
Hiburan

Akui Sikap OCD Pernah Jejaskan Rumah Tangga, Zamarul Hisham Kini Pilih Untuk Lebih Berdiam Diri - “Kalau Nak Luahkan, Saya Kena Kawal”

Firdaus
08/08/2024
02:25 MYT
Pernah berpisah dengan isteri gara-gara mempunyai sikap Obsessive Compulsive Disorder (OCD), pelakon, Zamarul Hisham tampil berkongsi mengenai perkara tersebut.

OCD Jejaskan Hubungan?

Zamarul atau pemilik nama sebenar Zamarul Hisham Mohamed, 53, mengakui dirinya ketika itu sangat mementingkan kesempurnaan sehingga menjejaskan perhubungannya dengan isteri, Diana Rafar.

“Dulu saya OCD memang sangat teruk...

“Dulu saya OCD memang sangat teruk, contohnya kalau saya balik shooting pukul satu atau dua pagi, dan saya nampak rumah bersepah saya akan terus kemas rumah.
“Lepas kemas rumah saya kejutkan isteri yang tengah tidur. Tapi bukanlah kejut dalam keadaan baran, lebih kepada nada yang seakan-akan menegur.
“Tapi mungkin bagi dia (Diana), dia rasa waktu tu tidak sesuai untuk saya bercakap tentang tu, jadi kesilapan saya dulu memang terlalu nak kesempurnaan,” katanya.
Bercerita lebih lanjut tentang sikap OCD yang dialaminya, Zamarul ketika ditemui di Pelancaran Kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Astro yang berlangsung di Pavilion Damansara Heights Mall, Kuala Lumpur, memberitahu dia kini lebih mengawal emosinya demi menjaga hati keluarga.
“Kebelakangan ni saya lebih mengawal apa yang perlu diperkatakan, jika saya nampak ada benda yang perlu dilakukan, saya akan lakukan sahaja. Saya cuba tutup mulut supaya jangan bercakap.
“Agak susah, sebab hati rasa membuak-buak, tapi kalau nak luahkan tu saya kena kawal sebab perkara tu mungkin akan buatkan dia kecil hati.
“Saya mungkin tak faham yang dia penat uruskan anak-anak. Jadi sekarang saya lebih berdiam diri dan siapkan sahaja kerja dan kalau ada benda yang saya rasa saya boleh bertolak-ansur, saya buat-buat tak nampak sahaja,” jelasnya.

BERITA TRENDING:Diana Rafar Dedah Punca Perpisahan Sebelum Ini - “Sebab Abang Memang Tak Boleh Tengok…”

BERITA TRENDING:Diana Rafar Imbau Detik Zamarul Hisham Lafaz Cerai & Perjalanan Mula Pakai Tudung - “Satu Persatu Nikmat Allah Tarik...”

BERITA TRENDING:Zamarul Hisham Tak Berahsia! Mesej Di Instagram & Password Bank Pun Isteri Tahu - “Sebab Saya Berdasarkan Kepercayaan”

BERITA TRENDING:Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

Sekadar info, sebelum ini Zamarul Hisham dan Diana Rafar pernah bercerai pada 14 Januari 2015.
Sebulan kemudian, Zamarul kembali bersama selepas melafazkan rujuk lisan di rumah mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.