Hiburan
"Aku Tak Mengandung Kau Yang 'Bitter' ..." - Isteri Sufie Rashid
Isteri penyanyi Sufie Rashid iaitu Nurulain Md Yusof mendedahkan menerima kiriman mesej seorang netizen di Instagram (IG) yang mempersoalkan mengenai cahaya mata.
Menurut Nurulain, dia tidak tersinggung tetapi merasakan pertanyaan itu tidak beradab.
"Okay baik! Kalau anak itu semudah saya beli anak kucing saya. Esok saya beli baby eh sis. Aku tak mengandung kau yang bitter.
"Tak macam bertanya pun kan guys kan? Tak tersinggung pun tapi cara kau cakap macam senang ja nak buat anak.
"Anak tu kan Allah yang bagi. Kita siapa sis nak mempersoalkan.
"Saya pun takda hak nak soal kenapa saya takda anak, inikan pulak awak nak tanya tanya atau cakap macam tu. Adab sis adab!" kongsinya di Instagram Stories.
Terdahulu, ketika ditemu bual pada 25 Ogos, Sufie mengkui soal anak sering menjadi tumpuan namun situasi itu tidak pernah menjadi satu tekanan buatnya.
Sufie yang merupakan juara Akademi Fantasia 2015 mendirikan rumah tangga dengan Nurulain pada 21 September 2019.
Must-Watch Video