,
Viral

“Aku Selalu Bagi Bonus, Aku Bagi Makan Sedap” - Bertubi-Tubi Pengasuh Ditempelak Majikan Susulan Kes Dera Anak

Izwan Isa
01/04/2024
00:54 MYT
Pempengaruh dari Indonesia Aghnia Punjabi atau dikenali sebagai Emy Aghnia ‘melepaskan geram’ dengan bertanya pelbagai soalan kepada pengasuh yang dikatakan mendera anaknya dengan kejam.
Bersama suami, Reinukky Abidharma, Emy melempiaskan amarahnya dengan bertanya beberapa soalan kepada si pelaku.
"Kamu buat apa kepada Cana?!" tanya Emy dan Reinukky sambil menunjuk ke arah pelaku.
Pada awalnya, pengasuh tersebut enggan mengaku dan hanya terdiam mendengar pertanyaan tersebut.

Mengaku pukul

Setelah beberapa lama, wanita tersebut mengaku memukul anak Emy.
"Saya pukul saja," katanya.
Mendengar jawapan itu, Emy kedengaran kecewa selepas mengetahui anaknya pernah disakiti oleh wanita berkenaan.
"Selama ini kamu cubit Cana!" kata Emy.
"Kita sudah lihat semua, kalau kamu tak jujur, makin marah," tuturnya.
Kemudian, Emy memberitahu kepada wanita itu yang dia akan dibawa oleh polis.
"Ya Allah Bu," katanya.

Layan baik

Pempengaruh itu mengingatkan lagi mengenai layanan yang diberikan kepada si pengasuh saat bekerja dengannya.
"Gaji kau berapa, aku selalu bagi bonus, aku bagi makan sedap.
"Kamu sakit, aku belikan ubat. Aku selalu memanusiakan manusia. Aku beli makanan enak, aku selalu ingat kamu," lanjutnya.
Mendengar hal itu, pengasuh itu menangis.
"Kamu gitukan (menyiksa) anak ku, fikiran mu di mana?" tanyanya lagi.
Disebabkan hal tersebut, Emy memberitahu yang pengasuh itu tidak lagi boleh bekerja dengannya.

Mohon maaf

Si pelaku berkenaan memohon agar dirinya masih boleh dimaafkan oleh suami isteri itu.
"Anak tiga tahun kamu pukul macam orang gila," ujar Emy lagi.
Akhirnya, si pengasuh tadi mengaku melakukan kekerasan terhadap anak Emy Punjabi.
Memetik SuryaMalang, Polis Malang mengesahkan wanita itu sebagai suspek menyerang mangsa.
Ketua Polis Kota Malang, Pesuruhjaya Polis Budi Hermanto menjelaskan kronologi kes itu.

Jatuh bilik air

“Awalnya, ibu bapa mangsa menerima laporan daripada suspek pada pagi Jumaat (minggu lalu) mengatakan bahawa anak mereka mengalami kecederaan akibat terjatuh di bilik air.
Ketika melihat foto itu, mangsa mengalami kesan lebam di bahagian badan, mata kiri dan dahinya.
“Ibu bapa mangsa curiga dengan kecederaan tersebut, lantas mereka membuka DVR CCTV dalam bilik mangsa dan dilihat suspek telah mengasari mangsa.
“Pada hari yang sama, sekitar pukul 1 petang, ibu bapa mangsa melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan pelaku ditangkap,” katanya pada sidang media pada Sabtu.
Difahamkan, penderaan itu terjadi pada hari Khamis sekitar pukul 4 petang di bilik kanak-kanak tersebut.
"Jadi, suspek ini telah mendera mangsa dengan cara memukul, mencubit dan menekan.
“Hasil pemeriksaan di Hospital Saiful Anwar (RSSA), mangsa mengalami kesan lebam di mata kiri serta calar di telinga kanan dan kiri serta dahi,” jelasnya.
Budi menjelaskan, suspek mendera mangsa menggunakan peralatan dalam bilik mangsa.
“Suspek memukul dahi mangsa dengan buku dan bantal, menggunakan anak patung (sebuah teddy bear) untuk membendung mangsa, dan menyimbahnya dengan minyak sapu,” tambahnya.
Sumber: TribunJabar

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Anggap Macam Keluarga, Instafamous Tak Sangka Anak Didera Pengasuh

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Foto Buka Tudung, Instafamous Ayana Jawab - “Sukar Untuk Saya Berhijab Sepanjang…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar