HIBURAN
“Aku Kena Pegang-Pegang, Duit Pun Kena Rembat” - Rezza Shah 'Spill The Tea' Bekas Pengurus, Trauma Sampai Ganggu Mental
Penyanyi Rezza Shah mengakui kini menguruskan sendiri kerjaya seninya selepas tidak lagi bekerjasama dengan pengurus terdahulu.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Rezza, 22, secara terbuka meluahkan rasa kecewa terhadap pengalaman kerjasamanya sebelum ini yang disifatkan memberi tekanan terhadap kesihatan mentalnya.
“Yea for now memang takde lagi bekerjasama dengan previous manager. Susah bila bekerja dengan manager yang berhutang sana-sini, tak professional, selalu pegang-pegang aku,” luah Rezza.
Menurut Rezza, dia rasa tidak dihormati dalam hubungan profesional tersebut dan mendakwa dirinya sering dilayan dengan cara tidak wajar.
“Dia anggap aku ni macam anak dia la, padahal kau nak menggatal… Takkan duit share partner business masa bulan puasa haritu pun kau nak rembat? Dasyat dasyat!” ujarnya.
.jpg)
Tambahnya lagi, beban hutang pihak tertentu turut memberi kesan kepada pembayaran kerja dan projek yang melibatkan dirinya.
Rezza berkata dia cuba bertahan hampir setahun demi menjaga reputasi dan meneruskan karier, namun akhirnya mengambil keputusan untuk ‘spill the tea’ demi kesihatan mentalnya.
“Aku cuba tahan diri, mental aku dah hampir setahun dari sebelum masuk pertandingan. Sebelum ni pun aku selalu jadi ‘alat’ dan ended up aku jugak yang nampak buruk selalu.
“Aku ikhlas nak berkarya atas nama aku dan dari hati aku. So, to make it clear sekarang aku focus dengan diri aku dan new life. Aku taknak ditindas, aku ada prinsip," dakwanya.
Sebelum ini, Rezza Shah dikenali menerusi beberapa projek seni termasuk pertandingan realiti, dan semakin mendapat tempat di hati peminat dengan keunikan personalitinya.
Must-Watch Video