,
Terkini

Aktiviti Persundalan Semakin Liar Di Bukit Bintang, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan!

Umirah Halim
15/04/2024
00:00 MYT
Sebuah hantaran mengenai luahan seorang pengguna X mengenai aktiviti persundalan yang dikatakan semakin berleluasa di sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur mendapat perhatian ramai.

Perkhidmatan seks

Menerusi hantaran gambar yang dimuatnaik oleh pengguna X itu, dapat dilihat beberapa warga asing dan seorang individu yang didakwa merupakan seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita sedang menjalankan perkhidmatan persundalan. "Aktiviti pelacuran dan persundalan warga asing di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
"Bayar RM80 kongsi empat orang.
"Yang bert**t**k itu jantan rasanya.
"Suara bapak garau. Sepanjang jalan Bukit Bintang memang meriah aktiviti pelacuran mencari rezeki dan urut,” dakwa individu tersebut menerusi hantarannya.

Netizen beri komen

Sementara itu, hantaran yang viral tersebut telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen yang ditinggalkan:
"Bukit Bintang sudah lama menjadi port persundalan baik lelaki atau wanita.
"Malah ada juga pelacur dari negara asing yang terlibat menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
"Port 'open secret' yang dibiarkan sekian lama dan akhirnya akan membebankan sektor kesihatan negara.
"Aktiviti ini juga akan meningkatkan risiko rasuah dan kemasukan pelacur dengan tiket pelancong.
"Memang banyak pelacur berkeliaran di kawasan itu, pelbagai 'warna' dan saiz,” komen beberapa netizen.

Tindakan pihak berkuasa

Dalam pada itu, ada juga yang menggesa pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan segera dan tegas berhubung aktiviti persundalan yang dikatakan semakin menjadi-jadi di kawasan tersebut.
@DBKL2u tak sedar ke tentang ini? Atau buat macam tak tahu sahaja.
"Allahu sedihnya, @PDRM tolong siasat.
"@DBKL2u mohon bantu kami,” tambah beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 1.7 juta tontonan di platform X.

Berita Trending: Pasar Raya Perjelas Salah Faham, Dakwaan Alas Kaki Gambar Kaabah Tak…

Berita Trending: Wanita Serang Suami Berkepit Dengan Kekasih Di Expo, Netizen Geram - “Perempuan Tu Siap Boleh Senyum Lagi”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.