gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Cuci Perut Lembu Korban Di Sungai, Netizen Berdebat… Ada Yang Kata Rosakkan Ekosistem, Ramai Pertahan Kata Tiada Masalah
HIBURAN
Ria Ricis Beri Anak Perempuan Makan Otak Lembu - "Ia Bagus Untuk Anak-Anak"
VIRAL
Opai Masak Rendang Guna Daging Wagyu RM1,600 Sekilo - “Mereka Minta Saya Beli Daging, Saya Bagitahu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Aktivis Teater, Rosminah Tahir Meninggal Dunia

gempak
Gempak
19/05/2024
16:32 MYT
Sponsor Banner
Aktivis Teater, Rosminah Tahir Meninggal Dunia
Aktivis dan pengarah teater disegani, Rosminah Tahir, 65, meninggal dunia di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur, petang Ahad.
Berita pemergian Allahyarham Rosminah disahkan sahabat baik yang juga penerbit teater, Siti Rohaya Attan kepada BH Online.
Bagaimanapun, Siti Rohaya belum mendapat maklumat terkini berhubung pemergian sahabatnya itu.
"Jenazah sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kami sedang menunggu jenazah serta perkembangan terkini.
"Setakat ini, saya belum tahu punca pemergian arwah dan apa yang berlaku. Saya terus ke HKL sebaik dimaklumkan arwah sudah tiada," katanya.

Baru rai hari jadi ke-65

Siti Rohaya berkata, kali terakhir mereka berhubung kira-kira tiga hari lalu. Malah, Allahyarham Rosminah sempat menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya, baru-baru ini.

"Ketika datang ke rumah, arwah tampak sihat. Arwah baru meraikan ulang tahun kelahiran ke-65 pada 13 Mei lalu," katanya.

Allahyarham Rosminah pernah dilantik Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA).
Allahyarham Rosminah pernah mengarah teater berskala mega seperti Di Bawah Lindungan Kaabah; Muzikal Tun Mahathir; Muzikal Lantai T Pinkie; Muzikal Ibu Zain; Nyonya; Li Po; Mak Dara Nyonya dan Anugerah.
Difahamkan, jenazah Allahyarham Rosminah dijangka dibawa ke kampung halaman di Muar, Johor, untuk dikebumikan.

BERITA TRENDING: Teater Bahara Emas Terbitan SPRM Tak Sindir Sesiapa - Pengarah

Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
#Viral
#Meninggal Dunia
#Teater
#Rosminah Tahir
#Aktivis
Must-Watch Video