,
Berita

Aksi Spontan YDPA dan Raja Permaisuri Cuit Hati Netizen - “Takda Raja Pemaisuri Yang Sporting Macam Ni Di Dunia”

Umirah Halim
30/01/2024
09:30 MYT
Tindakan YDPA dan Raja Permaisuri berjaya meraih perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gaya tangan ‘rock’ dan ‘mini love’ yang dilakukan saat keberangkatan pulang Seri Paduka berdua kembali ke Pahang.
Menerusi foto yang dikongsi oleh Bernama, ruangan komen dihujani dengan komen netizen yang memuji aksi spontan Seri Paduka berdua yang dianggap ‘sporting’
“Tak ada Raja Permaisuri yang sporting macam ni di dunia.
“Haha comel, sorang mini love sorang rock. Moga Allah rahmati Tuanku Berdua,” puji beberapa pengguna media sosial.

Berita Trending: Majlis Bersalaman Kakitangan Istana Negara & YDPA Buat Netizen Sebak - “Beratnya Hati…

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang menjelaskan maksud disebalik gaya tangan ‘rock’ yang dilakukan oleh Raja Permaisuri itu agar tidak disalahertikan oleh pihak lain.
“Hand sign kedua tu maksud nya "i love you". Jangan ada yang trigger kata itu hand sign metal pulak.
“Itu hand sign "I love you", hand sign metal begini kawan. Asal simbol-simbol metal la rock la terus la keluar terpaling agama. Bukan semua metal tu satanic,” jelas beberapa netizen.
Sekadar info, pesawat khas yang membawa Seri Paduka telah berlepas pada 11.16 pagi Selasa dan turut diiringi dua pesawat pejuang F/A-18D Hornet TUDM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17

gempak
31/01/2024
05:30 MYT
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Berita

Kongsi Foto Bersama Tengku Puteri Afzan, Tengku Puteri Ilisha, Tengku Puteri Iman: “Goodbye Istana Negara”

gempak
30/01/2024
08:45 MYT
Sebagaimana sedihnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meninggalkan Istana Negara, hari ini, perasaan sama turut dirasai anakanda Seri Paduka Baginda Berdua.
Viral

Majlis Bersalaman Kakitangan Istana Negara & YDPA Buat Netizen Sebak - “Beratnya Hati Kakitangan Istana Negara Berpisah Dengan YDPA”

gempak
30/01/2024
02:00 MYT
Perkongsian sebuah video yang memaparkan momen bersalaman Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama kakitangan istana di sekitar Majlis Bersalaman mengundang rasa sebak netizen.
Laman Utama

[VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…”

gempak
10/06/2023
08:55 MYT
Alolo comelnya adik.
Laman Utama

Agong & Raja Permaisuri Kongsi Foto Cucunda Yang Baharu Diputerakan

gempak
03/02/2022
06:50 MYT
Istana Negara dalam perkongsian di Facebook turut berkongsi nama kedua-dua cucunda Seri Paduka Berdua