,
Laman Utama

Aksesori Mewah Tapi Ringkas Ala Bangsawan Trend Wanita Kini

Syafiqah Jalal
19/02/2022
13:18 MYT
Aksesori dan barang kemas wanita kini berubah mengikut trend, terbaharu gaya ringkas dan halus menjadi pilihan. Ada yang panggil trend gaya bangsawan!
Meskipun ringkas dan tidak kompleks namun kemewahannya terserlah kerana konsepnya adalah ringkas itu menawan.
Justeru, jenama berasal dari Speanyol iaitu Tous telah menjadi pilihan wanita moden zaman kini yang mahu nampak elegan meskipun memakai aksesori ringkas. Tous merupakan sebuah jenama barangan kemas dan aksesori yang bernaung di bawah kumpulan Habib sejak dari tahun 2019. Meskipun sudah hampir empat tahun berada di pasaran Malaysia, jenama yang berpusat di Sepanyol ini telah pun berada di pasaran dunia sejak dari tahun 1920-an lagi.
Terkenal dengan hasil tangan yang mewah namun pada harga mampu milik ini, Tous kini membuka butik berkonsepkan flagship di pusat membeli belah Bangsar Village II yang terletak di aras bawah berhadapan dengan pintu masuk utama. Butik baru ini berkonsep lebih terbuka melambangkan identiti dan style jenama Tous. Butik flagship ini menawarkan seleksi pilihan tidak hanya bertumpu kepada wanita seperti barangan kemas, tas tangan dan scarf malahan aksesori buat para jejaka seperti barangan kulit, jam tangan dan minyak wangi juga ditawarkan di sini.
Berkeluasan 721 kaki persegi, butik flagship ini memberikan persekitaran yang lebih selesa dan mematuhi penjarakan sosial semasa para pelanggan berkunjung ke sini. Menawarkan dengan koleksi-koleksi terbaru dan yang menjadi pilihan orang ramai, setiap kaunter-kaunter yang menampilkan pelbagai seleksi barangan disusun mengikut kategori bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan dan mencuba barangan yang dinginkan. Selain itu, satu sudut khas turut disediakan untuk memaparkan sejarah dan warisan Tous serta nilai-nilai yang menjadi pegangan jenama ini untuk terus menghasilkan rekaan yang mampu lengkapkan gaya penampilan.
Setiap koleksi yang direka menjadi simbolik tanda penghargaan serta hadiah untuk yang tersayang mahupun diri sendiri. Setiap barangan kemas ini dihasilkan daripada emas 750, perak sterling dan vermil. Tous percaya bahawa setiap rekaan barangan kemas ini mempunyai penceritaan tersendiri dan perlu untuk meraikan setiap saat yang bermakna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Viral

Beg Jenama Mewah Harga Lebih RM20,000 Lee Zii Jia Raih Perhatian Wargamaya! - "Siap Ada Custom Made Nama"

gempak
07/08/2024
09:32 MYT
Satu keping foto memaparkan pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia bergambar bersama pegawai perubatan, Jass Khuzairi mendapat perhatian ramai.
Hiburan

Didakwa Miliki 500 Unit Rumah Mewah, Siapa Rey Utami Artis Terkaya Indonesia 2024?

gempak
11/06/2024
08:50 MYT
Indonesia Artist Watch baru-baru ini mengeluarkan senarai Artis Terkaya Indonesia untuk tahun 2024.
Hiburan

NCT Dream Terjemah Personaliti Tersendiri Menerusi Koleksi Aksesori Telefon Bimbit ‘Dream Night Chit Chat'

gempak
24/05/2024
15:55 MYT
Selepas meluncurkan album mini Dream()scape pada 25 Mac lalu, kumpulan K-Pop tersohor, NCT Dream tampil pula dengan kolaborasi perdana bersama gergasi aksesori telefon bimbit popular, Casetify.
Laman Utama

Balenciaga Perkenal Skirt Tuala Mewah, Harganya Boleh Buat Korang Sakit Jantung!

gempak
17/11/2023
15:50 MYT
Mak aih!