,
Hiburan

Akim & The Majistret Terjemah Rasa Kehilangan Orang Tersayang Menerusi Rampas

Kamaruddin Razal
10/09/2018
08:16 MYT
Apabila diduga dengan pemergian insan tersayang, ia memang suatu pengalaman yang sangat memeritkan. Apatah lagi bila insan itu adalah seorang wanita bernama ibu yang melahirkan, membesarkan, mendidik dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya.
Begitulah kisah yang cuba diangkat dalam Rampas, single terbaru dari band popular tempatan, Akim & The Majistret (ATM).
Bagai menggambarkan jeritan batin penyanyi band ini sendiri, Akim Ahmad yang kehilangan ibu tercinta pada Mei lalu, lagu ini bercerita tentang peritnya kehilangan, pengalaman pahit yang menginsafi diri dan mengajar erti redha. Bait-bait lirik dalam Rampas ini seolah-olah cuba menterjemahkan apa yang dilalui oleh Akim.
Penyampaian Akim yang sarat dengan emosi dalam melagukan setiap patah kata diiringi dengan gubahan muzik yang cukup dinamik menyerlahkan lagi elemen melankoli yang mampu meresap ke dalam jiwa dan menghantui halwa telinga pendengar. Rampas membawa konsep pop-rock balada sama seperti lagu hits mereka terdahulu seperti Potret dan Mewangi, ATM tetap mengekalkan bunyi khas mereka namun permainan instrumen di dalam lagu ini diberi kelainan dengan suntikan elemen muzik retro.
Rampas merupakan karya ciptaan Akim Ahmad Zimi yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq. Manakala lirik pula ditulis oleh Stacy Anam dibawah nama pena, Bunga Cantik.
Lagu ini telah dilancarkan pada 7 September lalu dan ia diterbitkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment, syarikat rakaman milik Akim dan Stacy dengan kerjasama Nova Music Malaysia sebagai pengedar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Diskaun Tiket 40% Ke Konsert Nyawa Akim & The Majistret x Azlan & The Typewriter

gempak
24/08/2022
08:56 MYT
Cepat beli gais!
Berita

Hanya Satu Hari, Akim Ahmad Cipta Lagu Inspirasi Dari Seorang Wanita Hebat

gempak
24/02/2020
10:40 MYT
Hiburan

Akim & The Majistret Kenalkan Pengganti Zimi dan Wan

gempak
21/11/2019
03:05 MYT
Viral

"Zimi Keluar ATM Bukan Sebab Campur Tangan Stacy" - Akim Ahmad

gempak
07/10/2019
05:06 MYT
Hiburan

"Saya Keluar Cara Baik" - Zimi Undur Diri Dari Akim & The Majistret

gempak
16/09/2019
07:00 MYT