,
Laman Utama

Akim Ahmad Bakal Jadi Daya Penarik Dalam Konsert Search Unplugged 40 Years

Asraf Aided
21/05/2021
13:45 MYT
Kejayaan persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim di Melaka pada 10 April lalu memberi ruang dan peluang buat kumpulan legenda itu kembali ‘bernyawa’.
Malah, bagi meneruskan legasi kegemilangan empat dekad Search, penganjuran Konsert Unplugged Search 40 Years yang dirancang pada September depan bakal mengubat kerinduan peminat kumpulan ini.
Menariknya, konsert itu memberi aura baru terhadap Search apabila sekali menampilkan penyanyi hebat, Akim Ahmad selaku vokalis di samping dua anggota Search iaitu Kid dan Din.
Penganjurnya, Aman Nassim menerusi COF Music berkata, pembaharuan yang ditampilkan pada konsert itu nanti memberikan satu lagi transisi berbeza Search agar terus gemilang dalam industri muzik tempatan.
“Konsert ini saya bekerjasama dengan Search. Bagi saya, mereka adalah band legenda yang perlu dihidupkan sampai bila-bila. Disebabkan itu, saya merancang untuk membawakan konsert istimewa ini. Malah, untuk mencari band yang bertahan sehingga empat dekad adalah susah.
“Jadi, menerusi konsert ini saya mahu memasarkan semula jenama Search kepada generasi muda hari ini. Mungkin selama ini mereka hanya tahu beberapa lagu popular saja, sedangkan mereka ada banyak lagu hits.
“Disebabkan itu, menerusi konsert ini Search dan Akim akan membawakan 10 lagu popular yang jarang peminat muda tahu. Selain itu, apa yang paling penting adalah saya mahu peminat merasai aura baharu Search dengan adanya kemunculan Akim selaku vokalis. Saya percaya dengan bakat dan vokal dimiliki Akim, dia mampu menarik perhatian peminat dengan gaya nyanyian tersendiri,” katanya.
Aman berkata, konsert yang dirancang itu dijangka berlangsung di lokasi yang mampu menempatkan 300 hingga 500 penonton mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
“Tarikh dan lokasi tepat masih belum dapat ditetapkan sebab kita menunggu perkembangan semasa dalam negara. Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan dan digantikan dengan arahan lain beserta SOP baharu, ketika itu baharulah kita akan berbincang dan putuskan semua.
“Sekiranya persembahan secara bersemuka dapat dilaksanakan kira akan menjual tiket. Namun, buat masa sekarang apa yang pasti kita juga akan menjual tiket secara Live Streaming. Bagi peminat yang tidak dapat hadir, mereka boleh menonton secara dalam talian,” katanya.
Menurut Aman, antara tujuan lain penganjuran konsert itu adalah mahu menjenamakan juga syarikat COF Music yang diterajuinya.
“Tujuan lain penganjuran konsert ini adalah saya nak menjenamakan juga COF Music. Sebab sebelum ini kami banyak terbitkan lagu berunsurkan urban muzik. Dalam masa sama, saya tak boleh lepas pandang perkara yang legenda seperti muzik rock ini.
“Saya perlu juga konteks muzik yang pelbagai. Jadi, penganjuran konsert Search ini adalah permulaan buat COF Music maju ke depan. Mana tahu selepas ini kami boleh bawa semua muzik yang ada dalam Malaysia pula,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.