,
Laman Utama

Akibat Promosi, Menganjur ‘Scam Loteri’, Kim Kardashain & Scott Disick Bakal Disaman RM181 Juta?

Izwan Isa
17/09/2022
13:50 MYT
Pengsohor Kim Kardashian dan Scott Disick disaman sebanyak AS40 juta (RM181 juta) selepas mempromosikan perjudian loteri dan juga scam di akaun Instagram masing-masing.
Difahamkan, peserta dijanjikan dengan hadiah-hadiah seperti tiket penerbangan kelas pertama ke Los Angeles, percutian tiga malam di Beverly Hills dan juga wang tunai sebanyak AS100,000 (RM453,000).
Bagaimanapun, dakwaan permainan tersebut merupakan satu penipuan dipertikaikan, dengan sumber yang rapat dengan Curated Businesses, syarikat Australia yang menganjurkan loteri berkenaan memberitahu TMZ bahawa mereka mempunyai bukti bahawa terdapat pemenang yang sah.
Plaintif mendakwa, penyertaan mereka menerusi peraduan itu menyebabkan mereka menerima banyak iklan selepas maklumat peribadi mereka telah dijual.
Scott dituduh sebagai penganjur peraduan loteri itu, dengan ahli keluarga Kardashian-Jenner lain seperti Kylie Jenner, Kris Jenner, Kourtnet Kardashian dan Khloe Kardashian bertanggungjawab mempromosikannya.
TMZ melaporkan yang hanya Kim dan Scott dinamakan dalam tindakan saman berkenaan. Menerusi laman webnya, Curated Business menjelaskan tentang proses pemilihan pemenang dan menyediakan senarai pemenang dari 2019 hingga 2022.
Menerusi bahagian soalan lazim mengenai bagaiman pemenang dipilih, Curated Business menulis: “Kami menggunakan fasilitator pihak ketiga untuk menjalankan cabutan rawak bagi peserta yang layak.
“Pihak ketiga itu telah disahkan oleh kerajaan Australia. Seperti yang dikehendaki oleh undang-undang Australia, kami juga menggunakan perkhidmatan pemeriksa bebas yang berkelayakan sepenuhnya untuk mengawasi cabutan rawak,” tulis laman web berkenaan.
Sumber: NZ Herald
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tiga Kali Jadi Janda, Kim Kardashian Tak Pasti Untuk Kahwin Lagi

gempak
24/02/2024
14:00 MYT
Kim Kardashian mungkin memiliki segalanya. Kaya, popular, cantik dan menjadi pujaan peminat sama ada lelaki atau perempuan.
Laman Utama

Tak Kisah Kena Marah, Anak Kim Kardashian Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Paparazzi

gempak
05/11/2023
14:55 MYT
Pulak dah!
Laman Utama

Kongsi Gambar Anak Persis Mangsa Perang Palestin, Kim Kardashian Teruk Dikecam Warganet

gempak
04/11/2023
15:00 MYT
Sensitif la sikit Kim
Laman Utama

Jackie Chan Tak Kenal Kardashians, Tanya: “Adakah Itu Bahasa Inggeris?”

gempak
23/08/2023
13:23 MYT
Luculah!
Laman Utama

Kim Kardashian ‘Jumpa’ Hantu Di Rumah: “Saya Ambil Gambar Bersendirian Di Rumah Tapi…”

gempak
10/07/2023
14:41 MYT
Ada 'wanita' muncul selfie sama-sama.