,
Berita

Akaun Instagram Hampir Digodam, Salina Saibi Hairan Hackers Siap Dapat Bermesej Di WhatsApp

ZULHILMI JALIL
02/04/2020
05:12 MYT
Pelakon yang popular dengan drama Gerak Khas, Salina Saibi mendedahkan bahawa akaun Instagram miliknya hampir menjadi mangsa penggodam.
Lebih menghairankan, kata Salina, individu yang cuba menggodam akaunnya itu turut mempunyai akses mengirimkan mesej di nombor telefon peribadinya menerusi aplikasi WhatsApp.
"Dua jam 'berlawan' dengan scammer bod*h b*ngang dari negara mana entah nak godam Instagram saya.
"Nasib baik saya sedar cepat tiba-tiba email bertukar. Dia WhatsApp lah..haishh. Masuk ni kali kedua dah. Gila tak ada kerja ke woi!@ Geram betul! Lega nasib baiklah dapat balik," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Pada masa sama, Salina turut berkongsi paparan mesej antara dirinya bersama individu yang mendakwa dari Turki itu.

Be Ware of Scammers!!

A post shared by SalinaSaibi (@_salinasaibi_) on

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata memintanya untuk lebih berhati-hati dan kerap menukar kata laluan.
Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-22 itu mempunyai lebih 207,000 pengikut di Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.
Sukan

Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

gempak
22/08/2024
02:55 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia yang kini merupakan kapten pasukan Al Nassr di Arab Saudi, Christiano Ronaldo baru sehari melancarkan saluran YouTube.