Berita
"Akak Nampak Diri Akak Zaman Rebel Dulu Kat Yonnyboii" - Fynn Jamal
Penyanyi Fynn Jamal akui penyanyi muda Yonnyboii punyai jiwa nyanyian yang sama sepertinya ketika zaman muda.
Jelas Fynn, Yonnyboii merupakan seorang penyanyi yang 'bercerita' dalam cara nyanyiannya dan punyai keunikan tersendiri.
"Soul, suara, mood; akak nampak banyak diri akak zaman rebel dulu kat Yonnyboii.
"Orang kata dia tak ada suara, akak jawab orang tak ada telinga.
"He's a storyteller," katanya menerusi ruangan Q&A di Instagram Stories.
Menerusi sesi Q&A itu, Fynn ditanya oleh peminatnya siapakah penyanyi semasa yang selari dengan jiwanya.
Tambah Fynn, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin punyai potensi besar dan akan bersinar sekiranya bertemu cara yang betul.
"Anak-anak macam Yonnyboii tu nanti kalau dia jumpa jalan dia akan pecut terus," ujarnya.
Yonnyboii yang popular menerusi lagu Salahku dan Sakit itu mula digemari ramai menerusi karya-karyanya yang tersendiri.
Malah, penyanyi berusia 22 tahun itu dijangka antara artis muda yang bakal menyerlah tahun hadapan.
Must-Watch Video