,
Laman Utama

Aizat Vs Hilmi! Projek: Anchor SPM Malam Ini Confirm Lagi ‘Mind Blowing’

Hanafis Haris
19/04/2021
07:49 MYT

Persoalan mengenai apakah yang bakal terjadi terhadap persahabatan Aizat dan Hilmi bakal terjawab jam 9 malam ini.

Menerusi sedutan trailer episod enam Projek: Anchor SPM, Hilmi lakonan Nadhir Nasar bakal menjadi ‘sasaran’ utama penonton kali ini.

Penonton berkemungkinan akan menyaksikan pelbagai kejutan daripada Hilmi yang sebelum ini masih belum ditonjolkan.

Namun, apa yang pasti pergelutan antara Hilmi dan Aizat bakal tercetus.

Malah, di Twitter ramai yang menjangkakan pergaduhan antara dua watak utama ini bakal terjadi.

“Aizat vs Helmi weh this week”

“Oh no my KP, kenapa mengamuk ni”

“Kenapa la tak boleh cepat sikit, aku dah tak sabar tengok Aizat vs Helmi,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu, pengarah Projek: Anchor SPM, Razaisyam Rashid turut memberi sedikit ‘hint’ mengenai episod malam ini.

“Ramai yang nak tahu apa reaction Hilmi malam ni? Episod 6 Projek: Anchor SPM ke udara jam 9 malam ni geng,” katanya menerusi satu posting di Twitter.

Apapun jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.

Sebagai alternatif, anda juga boleh tonton Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Kau Takkan Faham Kalau Tak Laluinya Sendiri” - Al-Fatihah...Nenek Nadhir Nasar Meninggal Dunia Akibat Covid-19

gempak
24/05/2021
00:42 MYT
Takziah atas pemergian nenek tercinta
Laman Utama

Cetus Fenomena! Peminat Angkat Projek: Anchor SPM Drama Terbaik Malaysia, Cipta Aras Baru Industri Tempatan

gempak
07/05/2021
03:55 MYT
Boleh terus tengok di Astro Go
Laman Utama

Terima Sambutan Mengagumkan, Peminat Request Projek: Anchor SPM Season 2? Ini Respon Pengarahnya!

gempak
04/05/2021
14:45 MYT
Drama bagus macam ni kena banyak dalam industri!
Laman Utama

“Terima Kasih STIA 8 Minggu Hiburkan Kami” - Penuh Plot Twist, Projek: Anchor SPM Trending No.1! Ramai Mahukan Season 2?

gempak
03/05/2021
21:43 MYT
Sedih pula bila tiada lagi Projek: Anchor SPM
Laman Utama

Episod Akhir Projek: Anchor SPM Malam Ini! Siapa Bakal Buka Mulut? Apa Nasib Aizat? Ramai Betul Predict….

gempak
03/05/2021
03:39 MYT
Jangan lupa malam ni!