,
Hiburan

Aizat Lamar Hanin Dhiya Di Stockholm

Zulaikha Yusof
10/07/2020
10:50 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan, 31, mendedahkan kolaborasi tercetus bersama bekas finalis program realiti, Rising Star Indonesia, Hanin Dhiya ketika berada di Stockholm, Sweden.
Kata Aizat, pemergian mereka ke sana adalah untuk menyertai kem penulisan lagu pada bulan September lalu.
"Saya dan Hanin sama-sama menyertai kem penulisan lagu di Stockholm pada bulan September lalu selama tiga hari.
"Saya mewakili Malaysia manakala Hanin untuk Indonesia. Pertemuan di sana yang membuka ruang kepada saya untuk mendekati dan lantas melamar Hanin untuk menjalinkan projek duet," katanya kepada Gempak.
Aizat ditemui ketika majlis pelancaran single terbaru Ku Mau bersama Hanin di Warner Music, Mutiara Damansara semalam.
Tambah pelantun lagu Sampai Ke Hari Tua berkata ini merupakan satu peluang besar untuk melebarkan sayap di luar negara.
"Mudah sangat urusan kami untuk siapkan single ini, dalam masa tiga jam dah siap.
"Keserasian saya dan Hanin sangat bersahaja itu yang membuatkan Ku Mau ini menjadi lebih warna-warni.
"Saya memang sudah lama mengimpikan untuk melebarkan karya saya di luar negara. Kolaborasi ini mampu mendekatkan saya dengan pendengar seluruh dunia," katanya lagi.
Sementara itu, pemilik nama Muhammad Aizat bin Amdan menyatakan penggambaran muzik video sepenuhnya diadakan di Jakarta.
"Kami terbang ke Jakarta pada bulan Mac lalu, sebelum kerajaan kita mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Penggambaran sepenuhnya kami lakukan di sana. Syukur sangat segalanya sempat disiapkan," kata Aizat.
Ku Mau ditulis oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, Yeshua Abraham (Indonesia), Melanie Wehbe (Sweden) dan Elias Naslin (Sweden).
Single ini mengisahkan tentang dua insan yang bercinta pada jarak jauh. Walaupun berbeza negara, namun jejaka itu sanggup datang untuk menemui dan melamar kekasihnya. Ku Mau juga menerapkan kesungguhan pasangan ini untuk menjayakan kisah cinta mereka.
Ku Mau merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dan edaran Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 26 Jun 2020.
BACA: Kolaborasi Dua Negara, Aizat Amdan & Hanin Dhiya Tampil Dengan Single 'KU MAU'
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Asmara Loka Tampilkan Insomniacks, Drama Band, Aizat Amdan & 6ixth Sense!

gempak
13/10/2024
16:09 MYT
Setelah menjayakan Kotak Muzik Kita di Galasa Caldwell, Ipoh tahun lepas dan juga siri jelajah Pentas Healing bersama komuniti Gamon Society ke Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka, Fuse Creative Digital Media dengan berbesar hatinya ingin mempersembahkan ASMARA LOKA, sebuah acara muzik yang bakal diadakan pada 9 November 2024 di Ipoh Co
Hiburan

Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

gempak
02/07/2024
11:15 MYT
Aizat kini lebih berhati-hati dan bermuhasabah selepas melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam terutama penduduk Palestin.
Laman Utama

Aizat Amdan, Lain Macam Fesyen Sekarang!

gempak
23/10/2023
13:24 MYT
Aizat Amdan membuat persembahan di konsert Yunaverse.
Laman Utama

“Sosial Media Tak Elok Untuk Saya” - Aizat Amdan Akui Jarang Kongsikan Hal Peribadi Di Internet Sebab…

gempak
18/07/2023
01:50 MYT
Aizat Amdan lebih gemar 'senyap'
Laman Utama

Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Ameng Spring & Aizat Amdan Antara Penyanyi Yang Bakal Meriahkan Pesta Kuantan 188

gempak
17/07/2023
07:50 MYT
Meriahnya!
Unitar