,
Hiburan

Aizat Jadikan Falsafah Kepimpinan Tun M Sebagai Ilham Hasilkan Single Baru

Kamaruddin Razal
29/06/2018
12:32 MYT
Sesuai dengan nafas baru Malaysia dan iklim politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Aizat Amdan melancarkan single terbaru berjudul Harapan Jadi Nyata.
Apa yang menarik tentang single ini, ia seumpama ramalan yang akhirnya menjadi nyata. Bait-bait lirik lagu yang ditulis Aizat pada tahun 2011 ini seakan dapat membaca apa yang bakal terjadi pada perjalanan politik Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018.
“Sejujurnya, inspirasi lagu ini datang dari ayah saya yang ingin menzahirkan perasaan hormat dan kagumnya kepada Tun M yang juga merupakan pemimpin idolanya.
"Lagu ini hanya untuk memberi penghormatan kepadanya setelah berjasa pada Malaysia begitu lama.
"Saya tidak sangka pula dia akan kembali menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua. Sayangnya, ayah saya sekarang diserang penyakit strok. Saya pasti dia gembira dengan keadaan Tun sekarang. Kalau bukan sebab sakit, mungkin sekarang ayah saya pun turut aktif menyokong kepimpinan Tun," kata Aizat.
Single yang berkonsepkan pop balada ini mengambil ilham daripada falsafah kepimpinan dan perjuangan Tun M.
Harapan Jadi Nyata merupakan karya ciptaan penuh Aizat sendiri dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai penerbit dan pengedar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.