,
Hiburan

Aizat Habiskan 2 Hari Hafal Lirik Lagu Sampai Ke Hari Tua Versi Hindi

Amri Hassan
23/04/2018
05:51 MYT
Jika anda masih ingat, lagu Sampai Ke Hari Tua pernah didendangkan Aizat Amdan ketika resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini.
Rasminya melancarkan single tersebut, Aizat mempertaruhkan versi hindi sebagai rendisi segar untuk lagu itu.
Bercerita mengenai rasional penghasilan Sampai Ke Hari Tua versi hindi, Aizat memberitahu kecenderungan minat menonton filem Bollywood mempengaruhi pilihan tersebut.
"Saya minat menonton filem Bollywood sejak kecil lagi, kebetulan permulaan lagu ini pun kedengaran seperti lagu hindustan.
"Jadi saya meminta bantuan daripada rakan saya Jassi untuk menterjemahkan beberapa baris lirik lagu itu kepada bahasa Hindi.
"Kemudian, saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk menghafal dan menyanyikan semula lagu itu.
"Memang bahasa Hindi sangat indah dan romantik," katanya kepada Astro Gempak.
Aizat ditemui pada majlis pelancaran single Sampai Ke Hari Tua di Stalker Cafe, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Versi Hindi lagu itu akan dilancarkan semua pelantar digital bermula 27 April manakala versi Mandarin akan dirakam adn dilancarkan pada 11 Mei depan.
Sehingga kini muzik vide lagu Sampai Ke Hari Tua telah mencatat lebih 1.3 juta tontonan YouTube Vlog Aizat sejak dilancarkan 15 Februari lalu.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @aizatamdan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

gempak
02/07/2024
11:15 MYT
Aizat kini lebih berhati-hati dan bermuhasabah selepas melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam terutama penduduk Palestin.
Laman Utama

Aizat Amdan, Lain Macam Fesyen Sekarang!

gempak
23/10/2023
13:24 MYT
Aizat Amdan membuat persembahan di konsert Yunaverse.
Laman Utama

“Sosial Media Tak Elok Untuk Saya” - Aizat Amdan Akui Jarang Kongsikan Hal Peribadi Di Internet Sebab…

gempak
18/07/2023
01:50 MYT
Aizat Amdan lebih gemar 'senyap'
Laman Utama

Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Ameng Spring & Aizat Amdan Antara Penyanyi Yang Bakal Meriahkan Pesta Kuantan 188

gempak
17/07/2023
07:50 MYT
Meriahnya!
Laman Utama

Ingatkan Lagu BBNU, Rupa-Rupanya 'Hadiahkan Duka Kepadamu' Lagu Baharu Aizat Amdan!

gempak
26/05/2023
11:50 MYT
Tahniah Aizat